Monday, May 20, 2013

Pesanan Untuk Yang Hendak Memindah Milik Barang Istimewa (PAG)

Semalam kami berurusan dengan satu jemaah di Kedah.  Ujian telah menemui kegagalan dan mungkin musababnya adalah gangguan/ ujian emosi yang tidak disangka.  Pada waktu pemilik seharusnya melakukan "kerja-kerja" atau upacara tersendiri untuk urusan pindah milik,  beliau telah terpanggil untuk pergi ke tempat lain( seperti apa yang berlaku pada urusan kali pertama).  Penguji telah sampai ke tempat ujian sedangkan pemilik berada di tempat lain ketika itu.

Oleh itu, untuk saudara-saudara yang ingin berurusan, patuhilah dan hormati perjanjian tarikh dan masa yang dimohon semasa memulakan urusan.  Perjanjian ini sebenarnya adalah di antara pemilik, "penjaga" barang dan penguji.

Perhatikan pesanan berikut dari pihak penguji:



a.       Upacara mesti dimulakan tepat pada masa yang diminta.  Maknanya pada tarikh dan waktu yang dimohon pemilik dan jemaah sudah mula berkumpul, melaksanakan zikir atau sebagainya.

b.       Jangan hiraukan segala bentuk “distraction” yang boleh membatalkan upacara seperti nak minum, makan, merokok atau panggilan kecemasan, telefon dsbnya.

c.       Jangan tunggu penguji sampai baru hendak memulakan "kerja"/ upacara.

d.       Hormati dan tepati perjanjian dengan “penjaga” barang.


  

No comments:

Post a Comment

Have something to share?