Sunday, January 15, 2012

Yuran PAG-kemaskini

Maklumat terkini tentang harga yuran urusan PAG adalah seperti berikut sehingga diberitahu kelak. Negeri-negeri lain masih kekal pada harga lama kecuali Perak, iaitu harga lama RM800.00 dan harga baru RM1,000.00 manakala Kedah harga lama ialah RM500.00 dan harga baru ialah RM600.00.
Harga lama bagi kebanyakan negeri dikekalklah atas dasar ehsan. Namun ianya tidak akan kekal lama. Ini ada kemungkinan menjadi langkah pertama untuk memberhentikan aktiviti urusan kerana terlampau banyak urusan yang gagal dan merugikan pihak yang terlibat secara langsung. Sepertimana yang telah saya tuliskan, kebanyakan 'benda' yang hendak dipindah-milik adalah palsu, tiada keindahan dan tiada komitmen dari pemilik secara total. Yang rugi adalah dari kalangan jemaah yang mengeluarkan modal.
Terjawab soalan ramai pemilik dan 'orang kuat' pemilik yang bertanya soalan ini, "kami punya barang dan kami nak jual, kenapa kami kena bayar yuran penguji?"
Jawabnya kerana ramai pemilik lepas tangan walaupun inginkan untung dan laba. Orang lain uruskan pembeli, orang lain uruskan yuran. Kalau tidak berhasil pemilik tidak rugi sebab dia cuba-cuba nasib, kut-kut menjadi. Yang rugi adalah mereka yang mengeluarkan modal.
Oleh itu bagi yang ingin terus menjalankan aktiviti ini, sila tentukan pemilik turut serta mengeluarkan sedikit modal supaya ada komitmen dari mereka sendiri. Kalau jadi semua untung dan kalau tidak jadi sama-sama rugi.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?