Saturday, January 21, 2012

BR1M


BR1M. Pada 21 Jan 12 giliran peringkat pertama bayaran BR1M dibuat bagi penduduk kawasan Lubuk Merbau, Padang Rengas dan sewaktu dengannya. Di dalam bahasa PRU, ia adalah kawasan N20 bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis ini dilaksanakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Padang Rengas. Ia sepatutnya berrmula pada jam 1400. Oleh kerana hari ini adalah hari pertama pihak penganjur mengaturkan pembayaran ini, ianya agak kelam kabut dan tidak begitu lancar. Sistem yang digunakan di sini adalah mengikut aliran berikut:


1. Penerima yang menerima surat bayaran mendaftar di kaunter yang bertanda huruf awal nama masing-masing. Sebagai contoh penerima bernama Latif mendaftar di kaunter yang bertanda huruf “L” dan Zainab mendaftar di kaunter bertanda huruf “Z”. Apa yang terjadi di sini, tanda huruf awal yang dimaksudkan tidak dipasang awal-awal. Kelam kabut Pakcik dan Makcik macam ikan bilis dikejar ikan paus dalam National Geography. Penerima yang telah mendaftar akan diberikan satu kupon.

2. Setelah menerima kupon penerima memasuki dewan untuk upacara penyampaian vocer oleh Wakil BN. Di sini YB Dato’ Seri Nazri Tan Seri Abdul Aziz yang menyampaikan bayaran. Dewan dikhaskan untuk para penerima sahaja. Kerusi telah disusun mengikut jumlah penerima yang dirancangkan iaitu cukup-cukup untuk 987 penerima. Malangnya ramai Opah-opah, makcik dan pakcik terpaksa diiringi oleh anak atau cucu kerana mereka ini uzur dan sudah kurang upaya. Akibatnya ramai penerima tidak dapat tempat duduk dan lagi sekali keadaan kelam kabut.

3. Dato’ Seri menyampaikan vocer kepada penerima yang uzur dan kurang upaya dan seterusnya akan menyampaikan vocer baris demi baris. Oleh kerana tidak sabar menunggu, habis semua pakat bangun dan berbaris di tengah-tengah dewan dan automatik Dato’ Seri berhenti di tengah-tengah dewan dan menunggu penerima datang kepadanya. Dari satu barisan kini sudah menjadi 3 barisan, berpusu-pusu. Jadi “traffic jam” pula kat tengah dewan.

4. Setelah menerima vocer kosong, yang bernilai RM500/=, penerima dihalakan keluar dewan dan daftar untuk menulis nama dan nombor KP. Setelah lengkap butir-butir penerima ditulis di dalam vocer, penerima masuk semula ke dalam dewan untuk menunaikan vocer tersebut di kaunter bank yang disediakan. Masa keluar dari dewan ada juga Pakcik dan makcik yang terseradung kaki masuk longkang, ada yang jatuh kerana mata tercari-cari kaunter seterusnya sambil kaki melangkah. Silap langkah tersungkur jatuh. Kesian. Setelah vocer disemak dan ditulis nombor siri, penerima bergerak ke kaunter bank untuk menunaikannya. Setelah bayaran diterima selesailah penat hari tersebut dan pulanglah atuk, opah, pakcik dan makcik sambil tersenyum.

Untuk melancarkan urusan majlis penyampaian vocer dan pembayaran BR1M ini, dicadangkan ianya lebih kerap dibuat maka pihak penganjur dan staf pembantu akan lebih “biasa” dengan tugas masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?