Thursday, January 12, 2012

Kemaskini Harga Yuran Urusan PAG

Semalam 11 jan 12 jam 2130, saya membuat urusan di Masjid Jaya Setia, Sg Siput. Keindahan D5 tidak seperti yang dinyatakan oleh mereka. Maka urusan tidak menghasilkan apap-apa faedah. Senarai yuran baru gagal diperolehi kerana wakil pihak yang bertanggungjawab tidak menyediakan salinan untuk diberikan kepada saya.
Di dalam perjalanan pulang, kami diberhentikan oleh satu sekatan jalan raya PDRM di hadapan Pejabat Pertanian Bukit Gantang (hampir dengan makam Long Jaafar). Kad pengenalan kami diambil untuk pemeriksaan. Pak Din kata mengikut anaknya, mana-mana pihak yang membuat sekatan jalan raya tidak berhak mengambil Kad Pengenalan sebelum memberitahu tujuan mereka. Anaknya adalah juga seorang anggota PDRM. Selepas lebih kurang 10 minit barulah Kad Pengenalan kami diberikan semula. Entah apa yang dibuat oleh anggota PDRM tu kami pun tidak pasti.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?