Tuesday, December 21, 2010

Projek AG 2010 Siri Akhir

Selasa 21 Dis 2010. Aku menaiki ETS, KTMB dari Ipoh ke KL Central. Sistem keretapi terbaharu Keretapi Tanah Melayu. Bergerak tepat pada masanya mengikut jadual iaitu jam 0530 pagi. Harga tiket buat masa promosi ini adalah RM30/= . Harga baru akan dilancarkan mulai Mac 2011. ETS mengambil masa lebih kurang dua jam 15 minit dari Ipoh ke KL Central dan mencapai kelajuan maksimum 141km/jam. Sampai di KL Central pada jam 0747. Mamu sudah sedia menanti di hadapan Hilton Hotel dengan kapcainya. Kami ke kedai kopi bersebelahan Wisma Mirama hampir dengan DBP dan menikmati sarapan pagi. Selepas itu kami ke stesen bas Jalan Hang Tuah dan menaiki bas SKS ke Seremban.


Di Seremban Aris (kawan Mamu) menunggu dan kami ke PD untuk menyaksikan keindahan RB kepunyaan seorang Srikandi UMNO. Seorang warga UMNO yang mempunyai keinginan untuk melihat pemimpin UMNO berubah dari tidur ke sifat bersedia untuk membela rakyat.
Apapun tujuan kami adalah untuk melihat keindahan RB untuk diproses atau/ dan kemudian nanti dipindah-milik. Setelah bergebang berkaitan politik dan azamnya untuk merubah sikap pemimpin UMNO Negeri kami diberikan peluang "melihat" keindahan barangnya. Bukan RB tetapi cemara berserta siong. Menurutnya dia memperolehi benda ini untuk Sothinathan tetapi beliau tidak mengambilnya selepas bertanding. Mengikut Puan Srikandi cemara mempunyai keindahan kebal namun setelah Mamu dan aku mengujinya, tiada keindahan tersebut. Setelah minum teh yang disediakan kami meminta diri untuk pulang.


Aku menaiki ETS juga untuk pulang terus dari Seremban ke Ipoh. Perjalanan dengan ETS hala pulang agak perlahan. ETS hanya mencapai kelajuan purata 95km/ jam dan terhenti-henti kerana memberi laluan kepada keretapi dari arah bertentangan. Tren yang sepatutnya tiba di Ipoh jam 2100 terhenti di Batu Gajah dan pada 2104 bergerak semula dengan kelajuan 167km/ jam. Walau bagaimanapun perjalanan dengan ETS memuaskan hati cuma tayangan video Tom and Jerry untuk semua perjalanan arah utara dan selatan patut diubah atau diselang dengan siri lain.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?