Tuesday, November 30, 2010

Kena Kencing Dengan Pengusaha Pam Minyak Petronas





Hari ini 30 Nov 2010, aku bergegas untuk pulang ke kampung untuk membantu ibu dan adikku menguruskan ayahku yang sakit. Ini memang kerjaku seharian sejak beberapa bulan kebelakangan. Ayahku kena strok dan sudah terbaring di katil sejak bulan Julai. Sudah dua tiga kali ke hospital untuk ulang-periksa dan semua pergerakan hanya dengan bantuan ambulan.
Yang ingin aku sampaikan kali ini adalah "muslihat" pengusaha pam minyak Petronas bersebelahan dengan Extreme Park, Sunway City, Ipoh "mengebas" duit pelanggan secara "oops"(tidak sengaja). Apa yang berlaku ialah aku memberitahu untuk mengisi petrol 20(MYR) dan "top up" TnG 20(MYR). Sememangnya keadaan di dalam kiosk agak kiosk, dengan beberapa pelanggan sedang mengadu tentang sesuatu dan ada pelanggan yang sudah menunggu di depan tingkap kecil agak lama. Riuh rendah.
Apabila kad Mesra dan TnG aku dipulangkan, lady boss yang melayan aku sambil cuba menunjuk ajar pelatihnya tidak memberikan wang baki RM10/= yang sepatutnya. Aku bertanya mana wang baki saya RM10/=? Reaksinya sambil menutup mulut "Ooops, saya ingat Encik nak isi minyak RM20 dan TnG RM30/=?. Aku menafikan dan menyatakan aku sudah sebut dengan jelas 20/20. Setelah aku bertegas juga, dia mencadangkan aku mengurangkan isian petrol kepada RM10/= dan memulangkan RM10/= kepadaku. Aku katakan aku tidak boleh kurangkan isian petrol sebab aku perlu bergerak jauh.
Aku tidak selesa untuk mengambil duit RM10/= yang dipulangkan kerana mungkin betul dia tersilap. Namun setelah aku masuk ke dalam keretaku, aku dapati resit TnG yang aku terima menunjukkan memang benar dia "pekena" aku. Teorinya: Dalam kesebokan pagi ini, dia malas nak menukar duit atau sengaja ingin mendapatkan pendapatan lebih dari beberapa pelanggan yang nampak tergesa-gesa. Buktinya: Aku menerima dua resit top up TnG iaitu yang pertama isian pada jam 09:23:23 sebanyak RM20 (isian yang betul) dan lebih kurang 20 saat selepas itu dia menambah isian sebanyak RM10/= lagi kerana malas nak mengeluarkan baki RM10 dari mesin tunainya. Memang bijak. Pelanggan "dipaksa" berbelanja mengikut kehendak pekedai dengan cara "ooops"

No comments:

Post a Comment

Have something to share?