Friday, December 31, 2010

Awal Pagi 1 Jan 2011








Sebagai manusia, insan atau hamba, pernahkah kita terfikir bahawa kita tidak usah berdoa untuk minta itu dan ini kerana tidak cukup itu, tidak ada ini, sakit itu dan sakit ini? Tidakkah Tuhan itu tau apa keperluan hambanya? Tidakkah kita rasa malu untuk merengek setiap hari meminta yang kita tidak tahu baik atau buruk untuk kita? Bukankah Allah tau apa yang baik untuk hambanya? Tetapi bukankah Allah menyuruh kita berdoa kepadanya? Berharap kepadanya? Cuba kita imbangkan kedua-duanya.
"Aku berserah kepadaMu ya Allah, kerana kepada Engkaulah terbaik aku mengadu" (Tawakkaltu 'Alallahi wakafabillahi wakiila).


Setiap apa yang kita lakukan setiap saat dan waktu kita buat bersebab. Setiap yang kita buat kita harapkan hasil terbaik. Minum nak hilang dahaga. Makan nak hilangkan lapar. Tidur nak hilangkan letih atau mengantuk. Makan panadol nak hilangkan sakit kepala. Bekerja nak dapat duit/ rezqi. Diringkaskan, setiap perkara mesti mempunyai hasil (result). Hasil yang diharapkan kita hendak yang terbaik (best possible/ best achievable). Setiap perkara yang kita lakukan itu adalah doa/ harapan semuga hasilnya terbaik (kurnia Allah). Setiap sesuatu-kerana kita sedar dan yakin rukun iman Kada' dan khadar dan kita mengucapkan "tidak ada yang memberi bekas/ kesan melainkan dengan kekuatan/ kekuasaan Allah yang amat perkasa."
Jadi janganlah khuatir kerana tidak pandai berdoa atau sudah merajuk untuk berdoa atau malu untuk berdoa kerana setiap saat dan waktu kita sedang berdoa dan berzikir dan mengharapkan pertolongan Allah kerana kita amat berharap kepadaNya.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?