Saturday, October 9, 2010

PROJEK ALAM GHAIB (X-FILES) 2010 – SIRI 1








Bil.

Tarikh

Tempat

Pemilik

Tujuan

Catatan

1.

1 Jan 10

Kemunting

YB Siam?

Pindah milik baru kebal

Di restoran minang kemunting. Jumpa Pak Hitam, Zainal dan last datang Yusof

Teksi. Yusof teksi tidak setuju jika berurusan dengan Hj Rahman kerana kata

nya Hj Rahman suka pindah khadam. Aku bengang sebab rugi datang dari

Ipoh. Kami ke Taiping (bawah cashier market) jumpa Basir iaitu kawan rapat

Ismail (penjual batu cincin) Batu merah.

Basir bercerita termasuk keengganan Ismail berurusan dengan Bulqiah kerana

satu ketika dulu Bulqiah pernah menghambatnya pergi kerana juru jual luar

Basir diminta berunding dengan Ismail.

2.

2 Jan 10

Pulau Pinang-Ipoh

Puan Loh

Pindahmilik 13 biji d5 kebal

Mengarut sebab pemilik nak bank draft RM50,000.00 sebelum ujian dibenar-

pada harga 5j setiap satu.

kan. Tolak ketepi.

3.

5 Jan 10

Parit Buntar-Junjung-Tasek

Mat Spg 5

Pindah milik batu lintar

Dari Ipoh dalam keadaan demam ke Taiping, ambil Pak Din dan Yaziz. Ke

kebal umum

Parit Buntar. Mat S5 bagi tau teruskan ke Junjung. Jumpa dia di Junjung,

dia kata benda tu di Tasek. Dia suruh patah balik ke Tasek dan katanya dia

terpaksa pergi ke Lunas. Maknanya dia tak turut serta. Kami tersesat lalui

jalan lama seperti nak ke Dataran Tanah Tinggi Cameron Highland. Di sana

kami hubungi seorang lagi (Izad) dan beritahu kami nak balik kerana dah

berpusing/sesat. Mereka kata mereka akan datang ambil. Muncullah Sahak

dan Izad. Rupa-rupanya barang tidak bersama mereka tetapi berada dengan

Hj Musim (kerabat?) Dipendekkan cerita, tidak perlu nak berjumpa lagi, kalau

mereka setuju, bayar RM500/= biar Hj Rahman uji.

4.

7 Jan 10

Sekincan

Wak Baijuri

Pindah milik besi kuning

Hj Rahman sampai lebih awal iaitu 1010 sedangkan kami masih di dalam

perjalanan. Jam 1132 baru kami sampai dan Selamat telah sampai tetapi tidak

berjumpa dengan Hj Rahman lagi. Ujian diteruskan dan keputusannya-gagal.

Tiada khadam yang hadir.

Yuran RM1200/= hangus.

Catatan: Duit line Wak Sani, baki RM200/= di dalam akaun Hj.

Selamat masukkan lagi RM1100/=

Baki duit Selamat ialah RM-100/=

Baki duit Wak Sani ialah RM200/=

Baki duit Pak Lang ialah RM300/=

5.

9 Jan 10

Triang

Kami

Ambil Duit Dengan Usaha

Ditangguhkan selepas 14 Jan 10. Aku jadi amat longlai.

Wak Hj Amin

(Masih ikhtiar, katanya walaupun hingga 10 Apr 2010)

6.

Sg Petani

Ismail

Pindah milik d5 merah/ kebal

Sampai awal di Sg Petani Selatan (tol) kerana kata orang yang menguruskan

disyorkan pada harga

pemilik ingin berbincang. Terpaksa menunggu sehingga 1430 kerana mereka

RM15j

ada hal. Tuan Hj sudah sampai dan solat disurau sebelah Parkson RIA.

Kami mendapat tahu dari pengurus (Suhaimi mata merah) bahawa d5 merah

yang dijanjikan telah gagal diperolehi (sudah dibuat pjk lain) dan mereka telah

mendapatkan barang lain yang "lebih indah"(???). Pemegang barang yang

digelar "Pak Ngah" pun mengeluarkan satu talam chromed, satu bahtera

tembaga yang tidak berlayar dan 3 kotak berisi apa entah. Bila Hj nak uji, Pak

Ngah kata ia telah diuji semasa keluar dari bilik kebal (hak Sultan Johor katanya)

dan ia tidak boleh diuji, bukan untuk pertunjukan tapi untuk dipindah milik,

katanya. KANTOI sebab puak ni pun bangang juga.

7.

15 Jan 10

Dungun

Selamat

d5 merah kebal kepunyaan

Bergerak ke Dungun bersama Pak Din dan Yaziz pada 14 Jan 10. Melalui

"mi" untuk pindah milik pada

jalan raya Timur-Barat dan sampai di Dungun pada jam 2310. Menginap di

harga RM15j

Hotel Sura.

Pagi 15 Jan 10 bergerak ke rumah "mi" dan aku jadi tukang karut. Tidak

sampai 5 minit duduk aku dah pancung urusan kerana "mi" membebel sebab

katanya semua nak tengok keindahan barang tapi tidak ada yang nak tunjuk

keindahan pembeli (tunjuk bank draft atau penyata akaun). Dia membebel

pernah berurusan di Istana Brunei dan tidak dapat apa-apa kerana tidak boleh

membawa duit Brunei keluar. Balik di hotel jadi perbincangan hangat kerana

orang Hj pernah berurusan dengan "mi" dan mengikutnya sudah ramai yang

dipermainkan oleh budak "mi" nih. Masuk angin keluar asap lagi.

8.

25 Jan 10

Batu Gajah

Fuad

Duit dan harta dalam rumah

Atas urusan Mamu, kami ke rumah Fuad dan seperti biasa Mamu sampai lewat.

Mamu datang bersama Hj Bukhari (warga Indon yang telah dikira bermestautin

di Puchong) seorang "guru"

Tiba di rumah Fuad, menurut anak perempuannya, dia dah keluar petang tadi

bersama kawannya dengan membawa beg pakaian. Menurut anaknya juga

kalau ayahnya membawa beg pakaian, maknanya dia keluar lama. Kami cuba

menghubunginya namun gagal. Mamu mula menyalahkan kami kerana tidak

semak semula rancangan dengan Fuad. Perlukah jika yang menetapkan janji

adalah antara Mamu dengan Fuad di dalam rumahnya pada minggu lepas.

Aturan semula atau pembatalan perlu dikhabarkan oleh orang yang membuat

perubahan atau pembatalan iaitu dalam kes ini oleh Fuad sendiri.

Dalam perjalanan balik, Ismail berhubung dengan adik kawannya di KL yang

kononnya mempunyai besi kuning dan delima merah. Kononnya adik kawan

nya itu jujur dan tidak banyak kerenah. Ada maklumbalas yang kurang meya-

kinkan dan aku menasihatkan tidak perlu ke KL berurusan. Kosong kataku.

Kepakaran Hj Bukhari dipinta. Nama Pak Lang dan budak KL tu diberikan dan

Hj Bukhari memaklumkan berita hanya akan diperolehi paling awal jam 0300

pagi dan meminta aku tidak mematikan telefon untuk dia memberi maklum

balas. Hj Bukhari juga menyuruh aku ambilkan tanah dari rumah Pak Lang.

Tak perlu ke Kedah, katanya. Tarik dari rumah saya saja.

Aku terjaga jam 0145 dan terus menunggu sampai pagi, namun tiada

9.

26 Jan 10

berita. Apabila tiada berita, aku maklumkan kepada Pak Din supaya membatal

kan rancangan ke Kulim dan KL kerana Hj Bukhari tidak memberi apa-apa

berita. Aku mengambil ini sebagai berita negatif dan kerja sia-sia.

Namun Pak Din menelefon aku pada jam 1115 lk dan menyuruh aku ke Stesen

Bas Taiping, mengambilnya dan pergi ke Kulim untuk mengambil tanah.

Aku kata ini kerja sia-sia tetapi Pak Din berkeras juga kerana katanya alang-

alang kerana esok nak ke KL. Aku kata kenapa perlu ke KL sedangkan

tuan badan, budak KL tu sendiri tidak confident, macammana pula abang

dia yang di Taiping pula confident. Namun Pak Din is Pak Din dengan kadim

"kemas, rapi dan teraturnya"

10.

27 Jan 10

Ke KL. Jam 1400 dah sampai di One Utama. Tunggu dalam situ sampai 1815.

1820 diarahkan ke TTDI dan kami berjumpa budak KL tu, rambut panjang.

Handsome orangnya dan membawa seorang "kakak"(Indon atau Jawa) juru-

cakapnya atau orang kanannya. Kami di"ajak" masuk ke dalam Secret Recipe

kerana budak tu tak boleh berada di luar waktu kilat. Takut petir menyambar

besi kuning, WAH!? Macam biasa cerita lebih, dia dengan ketaksuban atau

"kehandalannya" tak mahu dengar cakap orang lain. Dia bertanya mana kawan

kami yang seorang lagi, kerana kami bertiga iaitu Pak Din, Ismail dan aku,

khadam besi kuning tu tak mau. Dia mahu kawan kami yang datang seorang

lagi. Dia kata begitu sebab dia tanya kat aku, benda tu macamana? Aku kata

tak ada apa, mungkin tak rasi. Pak Din pun kata tak ada khadam yang hadir.

Yang si kakak tu melayang-layangkan tapak tangannya atas besi kuning tu,

dan katanya benda ini ok, tapi dia tak mahukan kami yang datang ni. Dia

mungkin nak dengan kawan kami yang seorang lagi yang datang bersama(?)

Siapa? Aku katalah dia tak datang sehingga kami confirm barang betul. Budak

tu pun mula jual minyak dengan mengatakan caranya tak begitu. Siapa yang

beli kena datang tengok. Akai ka? Awal-awal tadi aku dah bagitau Sultan

Hasanah Bolkhiah yang nak beli. Dia kata lagi kalau Brunei nak beli yang dia

tak faham ada orang kata benda tu nak dimasukkan dalam telaga minyak.

Ada akai ka? Dah keluar duit juta-juta nak campak dalam telaga minyak. Lepas

tu tersedut sekali dengan minyak-minyak. Apa punya ngok ni?

Aku belah keluar dan minum di kedai mamak sambil hisap rokok. Pak Din pun

menyusul. Dah jam 2000 kami ke setapak kerana seorang lagi warga KL (geng

Gondrong Jr bernama Rafi "ada" besi kuning yang disimpan oleh nenek

nya di Seremban dan dia sendiri "ada" panca delima untuk dipindah-milik.

Kami tunggu di hadapan HASLAM Restoran dekat Hospital Tawakal.

Bila dia sampai dia tanya kami di mana dan aku kata kami di seberang jalan

bertentangan Haslam. Dia confirm "oooh abang yang baju….aku celah dan

mengatakan ya aku berbaju beach dan dia kata ok. Bila dah dekat 15 minit

dia tak juga timbul, aku tengok ada "missed call" dari dia. Aku telefon dia balik

dan tanya dia kat mana. Dia kata dia tengok tak ada orang pakai baju "pink"

Aku kata bukan pink tapi beach-coklat muda. Dia kata "tak pa lah saya pun dan

balik rumah" That's it. Itu aja. Nadai, kosong. Oklah. Aku ajak geng aku balik.

Dalam hati aku ni mesti Gondrong Jr dah pakat ni.

Ke Daya Bumi untuk ambil Mamu. Pusing punya pusing jumpa Daya Bumi

Ambil Mamu dan ke Puchong. Dapat jumpa isteri Hj Bukhari sahaja sebab Hj

dah ke Klang. Jam 0500 nanti baru balik. Kami tinggalkan tanah kat "ibu"

dan Mamu janji akan bincang dengan Hj 1200 nanti.

Singgah di kedai mamak dekat Wisma Wirama (sebelah DBP) pekena RC.

Jam 0100 lk pushed off ke Ipoh. Sampai 0230.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?