Saturday, October 9, 2010

PROJEK ALAM GHAIB (X-FILES) 2009







Bil.

Tarikh

Tempat

Pemilik

Tujuan

Catatan







1.

11 Okt 09

Hotel Seri Malaysia, Seremban

Orang Tampin

Pindah milik Qur'an Istanbul

Diuruskan oleh Joe, Gedung. Keesokan harinya pemilik tidak mahu





kepada Tester pada harga

membuat urusan dengan berbagai helah, termasuk kaki isteri telah dipotong





RM6j

dan tiada sesiapa yang boleh menjaganya jika ia ke Seremban.






Tester ialah kawan En Abdullah Baja. Dibayar RM300/=







2.


Park Evenue, Sg Petani

Orang Kulim

Pindah milik Batu Delima

Diurus oleh Konstabel Mad dan Vicky (India). Pemilik sampai diiringi oleh





kepada SB pada

seorang orang kanan dan 3 orang lagi jemaah. Orang kanan dengan muka





harga RM10j

sombong menyatakan telah pernah berurusan dengan tester dan tidak






yakin dengannya. Beliau mempersoalkan keupayaan membayar harga






yang tinggi. Apabila diuji, tiada sifat kekebalan barang tersebut.






Tester ialah Hj Rahman, Bt 4 Tambun. Dibayar RM500/=







3.


Sidam Kanan

Orang Sidam Kanan

Proses Kulit Landauan

Sampai lewat kerana Tester lewat sampai. Mengikut perbincangan






tester akan membuat ujian pada sebelah petang. Apabila sampai, pemilik






dan jemaahnya telah bersembunyi kerana katanya kami tidak pegang






pada janji.






Tester ialah En Ali (Mamu) kawan Pak Din. Dibayar RM100/=







4.

12 Nov 09

Batu Gajah

En Fuad

Proses Panca Delima 3

Di kedai kopi, pemilik cukup gah dengan keampuhan barang. Semua





Serangkai

guru proses surrender dan ada yang terus cabut. Hj Rahman pun tidak






upaya menilai barangnya. Bila diuji oleh Mamu, tidak ada sifat yang






digahkan tadi.






Tester ialah Mamu. Dibayar RM120/=







5.

13 Nov 09

Taiping, Sta Bas

Din (Siam)

Proses RB

Pemilik sudah ke Siam untuk menghadiri kenduri anak. Balik dalam






2 ke 3 hari lagi. Ditangguhkan









Temerloh, Pahang

3 pemilik

Pertukaran siling 50 sen tahun

Berurusan dengan kawan Mamu. Pemilik memberi nama bt Ibu dan lokasi.




a. Kawan Isa (org Serawak)

1976

Guru scan dari jauh dan dari maklumbalas melalui Mamu semua duit




b. Kawan Sham (Johor/Melaka)


palsu atau diubah tahunnya. (guru palsu kut)




c. Kawan Sham (Ampang)









6.

19 Nov 09

Jitra

Professor Sa'ari

Proses Batu delima merah dan

Pemilik berlagak tahu semua. Kami diperlekeh dan disamakan dengan





kebal oleh Dato' Jamaluddin

kumpulan lain yang kononnya ada guru sedangkan setelah barang diuji,






baru tercari guru. Barang tidak boleh diuji dan dia mencabar sekiranya guru






betul-betul handal dan bukan "tak habis sekolah" sudah tentu boleh tahu






barang baik atau sebaliknya. Tester menyahut cabaran dan memberikan nama






kepada Wak Nan (guru yang membantu DSAI mendapatkan RM380j). Wak






Nan menyatakan barang kodi. Urusan kantoi.






Tester ialah Mamu.







7.

28 Nov 09

Puchong, Selangor

Orang Kelantan

Beras Hancur

Mamu maklum kepada Pak Din ada guru dari Indon boleh tukarkan beras




Diaju oleh Isa Sarip


hancur. Isa Sarip dihubungi dan dia uruskan. Kengkawannya ada dan minta di




Orang Sg Besar


cepatkan. Aku yakinkan supaya diuruskan esok. Mamu dimaklumkan ada




Diajukan oleh Selamat-Idris-


beras hancur dibawa besok. Mamu suruh Pak Din naik hari ini juga sebab guru




seorang lagi kaki


akan ke tempat lain pd Selasa dan Rabu. Isa dimaklumkan dan dikerah untuk






membawa BH malam ini. Isa tidak serius kerana sebelum maklumat khusus






diterima, beliau sempat shopping di TESCO.






Lewat petang, baru Isa maklumkan grup yang bawa BH di Melaka tidak tahu






sejarah BH sedangkan tuannya ada di Kelantan. Aku pancung urusan. Satu






lagi grup melalui Selamat dihubungi. Selamat passed pd Idris, Idris kena tanya






orang lain. Tiada jawapan. Mamu dimaklumkan urusan batal dan dia marah.







8.


Kulim, Kedah

Orang Kelantan

Besi Kuning

Pemilik ialah orang Kelantan. Wakil memberitahu perkara berikut:




Diaju oleh ASP Mat


a. Nak uji letak RM5000/=






b. Bila lulus RM5000/= dipulangkan dan letak pula RM200,000/= kepada






peguam mereka. Semua buku bank pemilik dipegang oleh peguam






c. Kalau ujian gagal, RM5000/= juga dipulangkan.






Aku putuskan urusan ini tidak kemas dan batal kerana kewibawaan wakil






istana tidak diiktiraf oleh puak Kelantan.







9.

2 Dis 09

Padang Serai

Yusri, Siam

Batu kebal

Wakil di Felda ditemui. Dipendekkan - tak boleh pakai. Namun kalau pihak






pemilik berhajat, sila sediakan RM200/= untuk Mamu turun dan buat di Taiping






atas urusan Yusri.







10.

3 Dis 09

Sg Petani

Wak Sani, Sg Besar

Batu kebal untuk pindah

Sewa Homestay Permaipura (RM190/=)




Wakil Wak Sani ialah anaknya

milik kepada SB

Terlibat RM100/=




Muhammad Khir, kawannya

pada harga RM15j

Yusri pula bawa bini-spoiled. Orang nak kerja, dia nak makan angin. Duit share




Yusuf dan Pak Bot dan diurus


homestay tak bayar.




oleh Selamat, Seremban.


Orang lain tidur jam 0130, aku terpaksa berjaga tunggu Yusri dan bini pergi






karoeke, tuggu dan jemput puak dari Sg Besar sampai jam 0315 dan layan






bersembang sampai jam 0500. Tidur jap sampai 0645 dan diarah oleh Pak Din






untuk bawa mereka sarapan. Sudahnya semua pergi kecuali Yusri dan bininya.






yang masih tidur sedap. Kami sarapan di Nasmir.






Urusan dibuat di Masjid Taman Ria, dekat Permaipura Golf and Country Club.






Gagal ujian oleh Hj Rahman kerana Wak Sani tidak memberikan sepenuhnya






batu yang dibawa. Batu yang dihajatkan dipindah milik titipan seorang warga






Indon tidak dibawa bersama. Wak Sani pula berada di Indon.






Siaran ulangan akan dibuat dan Wak Sani sendiri akan datang. Kali ini urusan






akan dibuat di Ipoh kerana kawasan Utara sudah penuh. RM800/= akan di






deposit pada Isnin 7 Dis 09.







11.


Kulim

Pak Lang

Duit dalam rumah

Duit hasil zikir tapi kembali ghaib. Sudah lebuh kurang 20 guru mencuba.






Pak Din uruskan seorang tukang (wanita) dan tukang potong (sama ada orang






Mamu atau Wak Sani). Aku yakin benda ini tidak akan berjaya. Tarikh belum






ditentukan kerana belum tahu siapa akan buat tugas memotong.






Pembahagian ialah 50-50. Mamu sedang sibuk kerana anaknya bertunang pada






18 Dis 09. Dia akan cuba menghubungi tukang potong. Senyap.






Tukang hanya akan dapat melakonkan pada awal Muharram (18 Dis 09) dan






khidmat Wak Sani sebagai tukang potong digunakan.







12.


Slim River

Urusan Yusri Siam

Geliga Lipan

Sifat telus dan kebal (?) Ada 3 butir-dua untuk diproses dan 1 untuk pindah milik






pada harga RM200k. Yusri akan menyaksikan keindahan pada Khamis 10 Dis 09.













13.

10 Dis 09

Ipoh, Masjid Negeri

Wak Sani, Sg Besar

Batu d5 untuk dipindahmilik

Ujian pada jam 1500.





kepada SB pada

Wak Sani membawa 22 ahli jemaah dan 2 lagi masih di dalam hospital. Jemaah





harga RM15j

termasuk 3 org anak angkat perempuan dari Ipoh. Pak Din batalkan urusan dan






Hj Rahman diberitahu semasa dia masih di Sg Siput. Mengikut Hj Rahman






RM600 hangus Cuma tinggal RM200 untuk laluan (line). Bersurai.







14.

15 Dis 09

NEC, Sijangkang, Selangor

Rashid, Melaka

Beras hancur untuk ditukar

Urusan oleh En Ishak. Sampai jam 2010 di TESCO banting. Ishak menyatakan





oleh Yunos, RELA, Banting

Yunos boleh tunggu walaupun waktu sudahpun jam 2110. Kumpulan Rashid






sedang bergerak dalam keadaan confused tentang jalan dan tempat. Banting






pun dia tak pasti jalannya. Jam 2215 semua berkumpul di sebelah jalan ber-






tentangan NEC, Sijangkang tetapi maklumat diterima Yunos telah pergi ke






Klang, jumpa bapa angkatnya. Adab sopan dipersoalkan kerana tidak






menunggu tetamu yang datang dari jauh. Apabila Rashid tiba, beliau jadi marah






kerana perjalanannya sia-sia. Ishak dipertanggungjawabkan. Kami menginap






di Hotel Banting (Pak Din, Yaziz dan aku)






Yunos akan balik dan berjumpa kami esok malam dengan contoh bh.







15.

16 Dis 09

Sg Besar, Seremban, Triang

Wak Sani, Sg Besar

Cemara dan Batu kebal

Wak Sarpudin menguruskan barang. Wak Sani turut serta dan di"rasai" khadam





untuk dipindahmilik

tidak hadir. Keputusan dibuat untuk menguji cemara di Seremban oleh Sjn






Nur Ayub. Kumpulan terdiri dari Wak Abdullah sani, Wak Sarpudin (Wak Jeng)






Khir (anak Sani) dan Yusof. Ujian di Seri Malaysia, Seremban.






Yusof terketar-ketar membaca rangkap memanggil khadam. Khadam datang






kepadaku bukan Yusof. Cemara dipindahkan kepada aku namun khadam






tidak datang pula. Yusof kembali memegang cemara dan rambutnya dipotong,






ada yang tidak putus. Pak Din mengubah keputusan untuk dibawa kepada






Wak Haji Aminullah di Mengkuang, Triang. Sampai lk jam 2015 dan urusan






dimulakan. Cemara hilang keindahan. Batu dan siling Yaasiin digabungkan oleh






Wak Haji dan aku dipanggil ke dalam bilik. Selepas lengan dan rambut Wak Sani






dihiris-hiris, giliran aku pulak. 2 kali lengan dan rambutku dihiris. Tiada bekas.






Keballah tu. Namun untuk menetapkan khadam batu, beberapa amalan perlu






dilaksanakan. Solat hajat 2 rakaat dan dibacakan ayat seribu dinar 47 kali selama






7 hari. RM1000/= dibungkus bersama siling dan batu.






Setiap jemaah kena masuk share RM150/=






Pak Din berpakat dengan Wak Sani dan Wak Haji untuk memotong nama Nur






Ayub kerana tidak dapat membayar. Aku dipanggil ke dalam untuk sama-sama






berkonspirasi. Aku tidak setuju kerana Nur Ayub akan bayar esok melalui akaun






bank Wak Sani atau Khir.






Sementara itu aku mendapat berita dari Ishak, Yunos di Sijangkang hanya akan






memberi renungan bh setelah kembali dari Sabah. Ertinya sudah tiada keperluan






untuk balik ke Banting.






Dalam perjalan balik, Wak Sani and Gang berhenti minum. Semasa di warung






Wak Sani menyatakan khadam sudah masuk balik ke cemara. Aku macam biasa






bulu roma berdiri dan mengatakan memang khadam ada. Tiba-tiba Wak Sani






datang dan menghiris lenganku. Tak lut tapi aku rasa dia telah jampi razor






supaya tumpul-tujuan untuk menipu jemaahnya.






Bersurai dan kami balik ke Perak.






a. Proses pada 10 Jan 10.






b. Dijangka dapat RM3j.






c. Jemaah:






(1) Pak Din






(2) Yaziz






(3) Aku






(4) Wak sani






(5) Wak Jeng






(6) Khir






(7) Yusof






(8) Nur Ayub.







16.

19 Dis 09

Sg Besar-Sekinchan-Pantai

Urusan Selamat, Faizal dan

BH-Besi Kuning-Guru-D5

Rancangan awal ke Sg Besar untuk mengambil BH tetapi sampai di Tapah



Dalam-Pokok Asam

Imam Pantai Dalam


BH telah diambil orang. Ke Sg Besar untuk jumpa Wak Jeng. Makan dan






pada 1600 ke Sekincan berjumpa Selamat. Dibawa ke rumah Wak untuk






melihat besi Kuning dan beberapa benda lain. Berkhadam mengikut deria






biasaku. Dibincangkan untuk urusan dengan Hj Rahman. Berlepas ke Pantai






Dalam berjumpa Imam untuk urusan di rumah Pak Lang, Kulim. Diputuskan






Siti Aminah akan bertugas dibantu oleh orang Mamu pada 23/24/25 Dis 09.






Balik ke Pokok Asam ke rumah Hj Lemmat untuk berbincang urusan proses






D5. Mamu akan dipanggil turun. RM300/= diterima.







17.

21 Dis 09

Pokok Asam

Hj Lemmat, Wan dan Sahak

D5

Mamu sampai lewat macam biasa. Dah Isyak baru sampai di rumah Hj Lemmat.






Tuan barang dari Yala tidak hadir. D5 diwakilkan kepada Wan kepada Sahak






dan tidak tahu nama khadam. Ujian gagal.







18.

25 Dis 09

Changkat Jering,

Abah, urusan dengan Yusri

Bebatuan

Rumah abah dekat simpang ke tol Changkat Jering. Rumahnya tepi jalan.



Kulim

Pak Lang


Khadam D5 putih dan merah mesra dan menghantar kami ke kereta.






Urusan mungkin dibatalkan kerana abah akan proses D5 putih dengan gp lain






hari Ahad, 27 Dis 09. Abah juga ada kemiyan Jin.






Barang-barang kepunyaan abah termasuk rantai dari Wan Empuk, Wan Melini






Ke Kulim untuk berjumpa Pak Lang. Sampai jam 1630. satu persatu Pak Lang






tunjukkan apa yang dia ada, batu bulat merah, batu mata ikan (ada wafak kain),






batu seudup putih berD5, besi "kuning", Khursani, batu petir, batu laut merah,






dan berbatu-batu. Aku rasa tak menjadi urusan ni, namun bila rambutku di-






potong dengan razor, hanya dua-tiga helai saja yang putus. Kebal tu…..







19.

31 Dis 09

Changkat Jering

Rahmat@abah

Bebatuan

Mamu sampai jam 2000. Mengikut Pak Din, abah bercerita tentang bebatuan






lain dan kurang semangat untuk menunjukkan d5 putih dan merahnya.






Hampir jam 1100 baru ditunjukkan kepada Mamu. Kantoi.







No comments:

Post a Comment

Have something to share?