Monday, October 11, 2010

PROIEH ALAM GHAIB (AG) 2010 - SIRI 2

Bil.

Tarikh

Tempat

Pemilik

Tujuan

Catatan

10.

3 Feb 10

Kulim

Pak Lang

Duit dlm rumah

Dari Taiping jam 1225 (Pak Din, Yaziz, Ismail dan aku). Sampai jam 1522 di

Masjid Kilang Lama, Kulim. Mamu, Hj Bukhari, seorang rakan Mamu dan isteri

Hj Bukhari sudah ada di situ. Lepas minum di kedai kopi oven, kami ke rumah

Pak Lang petang itu juga. Setelah tetamu Pak Lang beredar, kami pun masuk.

Sembang sikit dan terus Hj Bukhari suruh Yaziz petik 3 kuntum bunga cempaka

di luar. Hj minta minyak wangi dan diletak di atas piring. Dia geleng kepala.

Dia tanya di mana duit tu dan saya kata di dalam bilik. Dia dibenarkan masuk.

Pak Lang turut serta. Kemenyan madu dibakar. Pak Din disuruh masuk dan

diikuti aku. Di dalam bilik, setelah mengusap tali pinggangnya di atas asap

kemenyan, tali pinggang dipukul atas tikar oleh Hj Bukhari. Lepas itu kami di

suruh zikir atau doa. Setelah 5 minit lk, Hj suruh aku dan Pak Din keluar dulu.

Setelah lebih 1/2 jam, Hj keluar bilik dengan Pak Lang. Ini ceritanya.

1. Duit sekejap datang sekejap pergi.

2. Pak Din disuruh naikkan duit dan Hj Cuma akan potong.

3. Gagal dinaikkan kerana :

a. Ada jin minta ganti seorang anak Pak Lang.

b. Duit bukan hak Pak Lang.

Pak Din dan Hj berbincang sama ada boleh dibuat pertukaran korban kepada

benda lain. Pak Din pun tarik makam macm biasa dan katanya korban boleh

diganti dengan kambing hitam.

11.

6 Feb 10

Pasir Putih, Ipoh

Ismail Gulam

D5 Merah/ kebal

Jumpa Mat Komando di Restoran Kari Kepala Ikan, Tmn Desa Aman

untuk dipindah milik

Pasir Putih jam 1547. Jumpa Om (Shaharom) 1/2 jam kemudian dan Din Lambor

pada harga RM500k

datang kemudian. Bercerita punya bercerita, hanya dapat maklumat untuk

diriku sendiri berkaitan penyimpan mas Tok Kadok (keturunan pantang makan

ikan tapah) Hal d5 belum selesai kerana seorang pensyarah Politeknik Ungku

Omar terlibat. Dia yang tahu pemilik d5. Bersurai jam 1815.

9 Feb 10

Medan Gopeng

Ismail Gulam

Perjumpaan seterusnya pada 2030 di Salim Restoran, Medan Gopeng

Mat Komando dah ada dituruti oleh Din Lambor. Sementara menunggu

pensyarah Politek, kami bersembang dan secara tiba-tiba keluar masalahku

di rumah. Mengikut Mat Komando "dia" disihir kerana iri hati oleh jiran.

Ada benda ditanam di tempat lalu lalang. Aku ambil kesimpulan, benda di

buat oleh manusia sama yang tuju Allahyarham bapa mertuaku.

Perjumpaan dengan pensyarah di restoran depan. Yang menunggu seorang

kawannya. Dia datang kemudian. Dari awal kawannya agak optimistik, urusan

dengan Hj Rahaman tidak akan diteruskan. Memang betul kerana mengikut

pensyarah ini, Hj Rahaman amat dikenalinya dan dikenali oleh orang seberang

sebagai Kiai Rahman dan memang diakui tinggi ilmunya. Berhati-hati dan elok

jangan berurusan dengannya. Dia pernah membunuh Janglud yang dibawa

dari Jawa Timur di rumah pensyarah ini.

Pemilik d5 berada di Parit, seorang pengumpul barang-barang lama.

12.

11 Feb 10

Gopeng

PW 1 (B)

Duit dalam rumah

Jumpa di restoran tepi jalan pekan Gopeng dengan Pak Din. Mulyani meminta

Muzani

pertolongan mengadakan sama ada Keris Nogo Sostero, batu delima dari

buah delima atau besi kuning yang berkhadam. Paling tidak keris picit yang

berkhadam. Duit dari rumahnya hingga ke Gunung Tempurung (anggaran

RM2000Trillion)

Barang-barang adalah sebagai pertukaran. Kami rancang untuk mengambil

Nogo Sostero yang disimpan oleh Hisham, Seremban pada hari Isnin nanti.

Pada sebelah malamnya Pak Din memberitahu aku, ada satu besi kuning

di Taiping kepunyaan Ghani(?) yang mungkin boleh digunakan.

13.

13 Feb 10

Kulim dan Baling

Sahak dan

Batu Merah dan gelang b.

Perjumpaan di Kulim. Jumpa Sahak dan Rama di Restoran Nasi Kandar Kulim

Rama

bertentangan dengan 7-11. Selepas minum adjourned ke satu rumah kedai

kosong. Dalam perjalanan Rama menceritakan sifat batu merah tersebut dan

aku dah agak ianya berisi mentol. Sampai di rumah kedai kosong, Rama me-

nunjukkan batu tersebut. Memang sah. Kemudian dia menunjukkan gb.

Semasa dalam kedai kopi tadi, bila Rama menyebut nama khadam gb (Puteri

Nila Sari) bulu romaku naik. Sekarang aku tidak rasa seperti itu kecuali bila

aku keluar dari rumah kedai. Aku cuba beberapa kali. Memang roma naik bila

aku keluar sahaja. Gb diberi makan keladi yang kami temui di kawasan itu.

Dari situ kami ke Baling untuk menyaksikan satu lagi gb. Dari Kulim ke Badang.

Dari Badang ke Baling. Jumpa menantu pemilik gb dan pada mulanya dia agak

menghidung. Belum aku pancung, Pak Din buka buah pukulannya dan orang

asli dah mula terdiam dan berubah rentak, lebih lembut.

Gb tidak dapat disaksikan kerana berada dengan mertuanya. Kami pun tidak

ingin melihatnya. Macam biasa, jika mereka yakin keluarkan belanja.

Balik.

14.

14 Feb 10

Seremban

Hisham

Nogo Sostero

0920 bergerak dari Padang Rengas. Sampai jam 1527 di rumah Hisham.

Nogo berada di dalam keadaan baik dan kami balik jam 1743. Semasa bersem-

bang dengan Hisham tadi, kami ada menyebut hal bayaran dari Sultan Hasanah

Bulqiah Cuma mengambil masa hingga petang. Hisham kata masa kini, bayaran

dari Brunei selalunya mengambil masa sekurang-kurang 3 hari kerana setiap

duit Brunei mesti ke Bank Negara dulu untuk disemak oleh Zeti asal-usul

dan mesti melalui Najib dulu(?) Terukla kalau macam ni.

PW (B) Muzani dihubungi untuk menghantar terus kepadanya namun tiada

respon positif sehingga lewat 2315. Kami sampai di Persimpangan Gopeng

pada 2355 namun Mohzani belum memberi kepastian. Kami balik terus ke

Pokok Asam, Simpang dan aku tidur dalam kawasan Petronas Pdg Rengas

pada 0245 kerana malas nak kejutkan Mak aku. Jam 0445 terpaksa balik sbb

nak terkencing sedangkan toilet Petronas berkunci.

15.

15 Feb 10

Gunung Besout, Sungkai

PW (B)

Duit 2000T

Bergerak dari Jeram ke Sungkai bersama seorang lagi kenalan lama Pak Din

Muzani

dari ATM. Dia memandu Proton Saga baru. Perjalanan agak jauh juga ke dalam

kawasan Felda Gunung Besout 4. Jumpa Abang Mi, guru depa. Perwatakan

nya baik dan tenang. Sepadan dengan pengalaman dan ilmunya. Namun apa-

bila dia menelek Nogo Sostero, dia menggeleng kepalanya kerana menurut

nya sudah pernah dibuat nombor ekor tetapi tidak menang. Dia tunjukkan

bahagian yang sudah bertanda di mata keris tersebut. Hisham ditanya dan

mengaku setelah didesak. Menyusahkan kaum betul. Kami balik dalam

harapan Sahak dan Rama dapat mengadakan keris picit yang disebut semasa

perjumpaan kami di Kulim 2 hari lepas.

Terus ke Kemunting untuk berjumpa Ismail Gulam kerana menurutnya yuran

untuk pindahmilik d5 merah sudah diuruskan. Berjumpa dengannya. Beliau

menceritakan 3 hari lepas beliau diberi batu merah oleh Puteri Balqis dan sarah.

Namun kerana melihat kucing di dalam rumahnya pun resah, beliau memulang

kan batu tersebut. Orang ghaib yang selalu berjemaah dengannay turut tidak

datang apabila dia menyimpan batu tersebut. Tolak rezqi.

16.

18 Feb 10

Baling

Orang Asli

Gelang B

Bergerak ke Baling pada jam 1500 untuk menginap di sana. RM500 telah di

Kupang

masukkan ke dalam akaun Hj Rahaman malam semalam dan dia telah dimak-

lumkan. Dia bersetuju untuk ujian dilakukan pada jam 0900 pada Jumaat

19 Feb 10.

17.

19 Feb 10

Baling

Orang Asli

Gelang B

0830 kami keluar minum. 0845 Rama sampai denga OAK dan Sahak. Hj

Kupang

hampir sampai apabila OAK hendak ke Pengkalan Hulu-mengajak bapa mertua

nya turut serta (?). Jam 1010 Hj Rahaman sampai dengan 2 escortnya.

Jam 1025 OAK sampai tetapi nampak ada yang tak kena. Hassan Badang

bertanya sekiranya pembeli ada tunai RM10k. Aku bengang kerana tidak ter-

maktub di dalam perbincangan asal. Katanya baru nak meminang dan kalau

tak ada RM10k, maka tak jadi urusan. Aku belah kerana tak mahu layan benda

merapu. Hj Rahaman panggil aku kerana dah nak mula. Rama suruh OAK

masuk beradap dengan Hj. Aku masuk dan Hassan Badang menyatakan

bahawa GB telah diserahkan oleh OAK kepada bapa mertuanya. Bapa mertua

nya tidak mahu harga juta-juta kerana ia takut yang ramai-ramai ni akan lupa

daratan(??) Tapi nak buat apa kalau dah gb tak ada? Bincang pun tak guna.

Sebelum Hj bercakap, aku cakap dulu supaya OAK kutip duit dan ganti duit

Rama dan saya tak mahu dengar fitnah dan tohmahan ke atas Hj atau Pak Din.

1203 kami balik dan singgah di Kulim untuk tengok d5M urusan Mail Gulam

dan Suhaimi MM. Tidak dapat ditemui tuannya. Balik kosong.

Bila sampai berhampiran Nibong Tebal, Mat Parit Buntar minta berurusan rb

dan kami tunggu di kedai kopi Pipi Merah. Di situ Mat Cuma nak tahu cerita

sebenar kerana OAK telah menukar cerita untuk menyalahkan kami. Bila

ditanya oleh Mat, baru dia mengaku sebab sebenar urusan batal.

18.

Gunung Besout

Pw (B) Muzani

Duit dalam rumah

Urusan duit dalam rumah PW Muzani

Kumpulan dari Puchong, Zakaria dan 2 X Badrul sampai jam 0900 di Sungkai.

Pak Din sampai di Medan Kitt jam 1120 dan kami pergi ke Jeram dan tunggu

Razak dan Muzani sampai tengah hari. Rumusan ku Muzani dah hidung tinggi

dan tak kesah nak bergegas untuk kawan-kawan.

Jam 1420 semua sampai dan bergerak ke Felda Gunung Besout 4. Zakaria dan

kawan-kawan mengelurkan selagi ada barang termasuk d5, besi kuning dan

bermacam senjata. Semua tak boleh pakai kata Abang Mi. Lepas sembang

kami keluar. Sembang di kedai kopi Sungkai sampai jam 2000++ baru nak balik.

Dalam aku mendengar cerita pengalaman Zakaria, rumusanku, dia lebih hebat

dari Pak Din. Menurutnya dia keturunan orang No 2 Gunung Ledang. Bantai

lah. Kami berbincang untuk menggunakan khidmat Bomoh DiRaja (Hj Sharif)

yang tinggal di Bt 18, Banting. Itupun kalau Muzani setuju. Tugas memujuk

diserah kepada Eazak.

19.

11 Mar 10

Puchong, Selangor

Imam

D5 kebal

Pergi ke Daya Bumi untuk mengambil Mamu. Bergerak dari Taiping pd jam

0920. Singgah di kedai kopi tepi Masjid Pdg Rengas. Bergerak semula non-

stop ke KL. 1345 sampai, ambil Mamu dan ke Masjid UPM untuk RV dgn Imam

dan seorang lg rakannya (drv Gen 2 merah). Tempat tujuan adalah Ruvenavilla

Puchong Perdana. Sesat dan akhirnya berjumpa rumah pemilik pada jam

1725. Pemilik dan rakan imam nampak tidak serius dan mempersenda orang

yang mencari barang kebal (mereka asyik mencucuk pipi dengan jarum yang

sudah ditumpulkan dan berkata cucuk tangan ujian biasa tapi mereka cucul

pipi). Ujian oleh Mamu kantoi.

Pak Ya

Keris Berdiri

Tuan milik, Hashim tidak tahu mendirikan tetapi mempunyai seorang kawan

bernama Khairul yang boleh mendirikan. Khairul mempunyai satu kawasan

ala Pasentren di Puchong dan akhirnya kami tahu keris itu didirikan mengguna

kan khadam Khairul, bukan khadam keris yang bernama Embah Wak Rengan

dan Abu (2 keris). Mamu dan Pak Ya cuba cara mereka untuk menggerakkan

keris namun tak berjaya.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?