Wednesday, October 13, 2010

PROJEK AG 2010 - SIRI 4

Bil.

Tarikh

Tempat

Pemilik

Tujuan

Catatan

1.

12-Jul-10

Masjid Sabak Bernam

Wak

Pindah milik d5 dengan mahar

Dari desas desus yang aku terima, d5 ini begitu "power" dan airnya berwarna ungu bila direndam.

RM35j

Anak buah Pak Din yang menyaksikan keindahannya dan Pak Din yakin dengan kata-kata anak

buahnya ini. Anak buahnya ini adalah cucu atau anak saudara kepada pemilik d5 ini. Berita akhir

diterima, mereka mahu kepastian, sekiranya benar Tuanku Sultan Brunei yang ingin memiliki d5,

mereka akan bersolat hajat untuk menambah "power" d5. Kita lihatlah nanti.

Hj Ismail, Pak Din dan Yaziz sampai di depan Masjid Jamek Tambun pada jam 0913 dan kami

bergerak ke Sabak Bernam menaiki Iswara . Sampai di wilayah Sabak Bernam 1 jam kemudian dan

kami terus hingga ke Simpang 5 kononnya nak cari kedai minum. Kononnya di Sabak Bernam ada

banyak kedai kata Pak Din. Setahu aku Sabak Bernam dah lepas 16km sebelum Sg Besar. Sampai

di Simpang 5, depan Masjid kami berhenti, Pak Din dan Hj Ismail cuba berhubung dengan Shanom,

anak buah Pak Din untuk mengetahui di mana seharusnya kami tunggu. Shahnom dan kawan-

kawannya seolah tidak tahu dan masih belum sampai ke Teluk Intan lagi. Aku dah rasa urusan

hari ini akan jadi kelam kabut. Oleh kerana bukan urusanku, maka aku lihat dan komen sikit-

sikit je. Geng Shahnom suruh kami tunggu di Sg Besar(?) sedangkan tempat urusan adalah 15km

sebelum Sg Besar (Simpang Sabak Bernam, Sepintas, Teluk Intan). Kami berpatah balik dan bertemu

mereka pada jam 1320. Setelah bertukar dari satu ketetapan kepada yang lain, dipersetujui

pemilik (Hj Jamal) datang ke Masjid Sultan Hishamuddin untuk "berbincang" dengan Hj Rahaman.

Satu lagi arahan diterima, iaitu khadam tidak mahu beramai-ramai jemaah ke sana. Lepas solat

zohor di masjid, aku relaks kejap kat belakang masjid dan cabut denga Yaziz, Rahim dan seorang

lagi kawannya ke Restoran Toman. Belum tiga kali hirup, Hj Rahaman dah nak jumpa aku.

Keputusan yang aku diberitahu ialah-khadam tidak mahu bekerjasama kalau ada dua orang

termasuk Shahnom kerana mereka putar dan tidak jujur(banyak mengada-adakan cerita) Tarikh

12 Jul bukan permintaan pemilik tetapi oleh Shahnom dan gengnya. Urusan akan dibuat pada

hari Rabu malam (14 Jul atau minggu berikutnya) di Taiping.

RM1200/= hangus tetapi Hj Rahaman bermurah hati untuk memberi percuma satu yuran laluan

(RM200/=) untuk urusan di Taiping nanti.

13-Jul-10

Bergerak ke Changloon pada jam 2335 malam.

2.

14-Jul-10

Beseri, Kuala Perlis

Rahim Perlis

Panca d5 air merah

Rahim menguruskan urusan ini. Mengikut Rahim urusan dikehendaki dibuat pada 14 Jul 10 kerana

khadam batu berhehendak demikian. Lagi pun Pak Din selalu memandai mengatakan urusan

dijamin dapat pada tarikh yang ditetapkan oleh pemilik atau khadam. Yang dia tak tahu aku

pening kepala kerana aku yang kena bercakap dengan Haji. Haji punya schedule dah penuh

hingga 27 Jul dan dia kata dia akan cuba selitkan, kalau bersesuaian dengan tempat yang telah

dijadualkan. Tetapi kalau jauh sudah tentu dia kan mendahulukan urusan asal. Yang tak mahu

faham adalah Pak Din. Dia ingat dia kenal Haji, dah amat berpengaruh atas urusan Haji?

Rahim pula mengambil kata-kata jaminan Pak Din dan seolah-olah menetapkan tarikh 14 Jul

kepada pemilik dan jemaah sana. Katanya hari Jumaat 9 Jul 10 dia kena memberi kepastian ttg

tarikh dan perjumpaan akhir pada 12 Jul 10 untuk wrapping up sebelum urusan pada 14 Jul 10.

Saya maklumkan Rahim bahawa maklumat kemaskini akan disampaikan dari masa ke semasa

sekiranya ada maklumbalas dari Haji kerana Haji berada di luar negara sejak hari Ahad (4 Jul)

yang lepas. Hingga 10 Jul 10 jam 0746 aku masih tidak menerima balasan SMS atau panggilan

yang aku buat kepada Haji. Kena tunggu juga hingga 12 Jul 10 bila Haji sudah berada di Ipoh.

Sampai di Masjid Changloon pada jam 0413 pagi. Keadaan tandas dan bilik mandi masjid amat

menjijikkan tetapi terpaksa juga membuat urusan. Jam 0515 mandi ala-kadar. Subuh jemaah dan

sarapan di hujung pekan menghala ke Bt Kayu Hitam. Balik ke masjid dan menunggu Rahim.

Jam 0935 Rahim dan Shahidan sampai. Kami ke gerbang UniMAP. Hj sudah berada di sana dan

kami ke Beseri. Sampai jam 1047 dan di persila masuk. Di rumah sudah ada 10 orang jemaah.

Hj memberi taklimat dan seterusnya pemilik d5 membuat upacara menyeru dan menunjukkan

keindahan d5………..tak indah. Rahim mengakui dia tersilap lihat kerana melihat keindahan dari

atas bukan dari tepi. Gagal lagi.

On the way back, Rahim belanja lunch di restoran ikan bakar and it costs him RM67/= untuk

6 pax.

Kami ke Makam DiRaja Langgar berjumpa Hj Ismail. Mengikutnya Mokhtar ada d5 yang kebal

(uji cucuh lidah dengan api rokok) semasa mengambilnya dari Pak Ngah Musa. Pak Din kenal

Hj Mokhtar dan perbincangan dilaksanakan. Setuju untuk berurusan setelah Hj Mokhtar nanti

berbincang dengan anak angkat Hj Ismail.

Selepas itu kami ke Jeniang (Jeneri). Khabarnya ada 8 orang anak muda seperguruan persilatan

dianugerah 4+13 biji d5 dan mungkin ada ciri-ciri kebal dan merah. Penjaga termasuk 2 x sunan,

panglima hitam dan puteri balqis. Nak diPM pada mahar RM320,000.00 sahaja, tapi sekiranya

mereka diarahkan untuk naikkan harga oleh Hj, mereka akan lakukan insitu.

Bincang punya bincang setuju laksanakan selepas yuran dideposit dalam akaun aku.

(Selang 3 hari aku dimaklumkan penjaga tidak sanggup bertemu Hj Rahaman.)

Akhir sekali kami ke Tmn Berkat, Taiping. Seorang bekas tentera (boxer Mks 2 Div) dianugerah

bebatuan merah dan putih. Masa dianugerah putih, bila direndam dalam air, batu bertukar

menjadi merah. Kebal kulit. Panjang cerita dan banyak "kehandalan diri pemilik" cuba ditonjol-

kan. Setuju berurusan selepas Shukor masukkan RM800/= (3 hari selepas itu, depa nak cagaran

RM3000/+ untuk berurusan. Tutup kedai.

4.

2-Aug-10

Baling, Jalan ke Weng

Ismail Kulim

Batu Merah

Sampai di Baling jam 1243 dan solat zohor di Masjid Baling. Geng Ismail sampai (5 pax) dan me-

nunggu Hj Rahaman sampai untuk ke rumah pemilik. Hj Rahaman sampai bersama escorting

officer baru ( a lady) dengan Merc C200 kompressor hitam. Jam 1325 bergerak ke arah Kg Rabong, Weng. Rumah tepi sungai

Weng. Pemilik (Pak Lang) tak berbaju (kemudiannya diketahui dia seorang bomoh) terlalu banyak

bercerita tentang "batu merah" yang telah diuji hampir 1000 kali. Ramai yang datang menguji

hanya mengambil air dan balik. Batu yang dimaksudkan telah diikat dicincin. Bila nak uji dah

kena cungkil batu tersebut. Nak guna air zam-zam tapi tak cukup. Kena tunggu kawannya ambil

air zam-zam lain pula. Bila uji………..tak merah pun air. Gagal. Yang kaum menyalahkan Pak Din

kerana tidak menyatakan air kena banyak supaya mereka bersedia (pulak).

5.

4-Aug-10

Jitra ke Changlun

Rahim dan Shahidan

Rantai B

Sampai di Jitra dan menunggu di Hospital Jitra. Jam 1326 sampai dan memberikan RV kepada Hj

Rahaman. Namun oleh kerana perubahan tempat ke Changlun, Hj Rahaman terus ke Changlun

sahaja. Hj Rahaman tidak berapa gembira dengan perubahan tempat . Pemilik adalah warga Jitra

tetapi dia membuat keputusan ke Changlun (rupa-rupanya Rashid {pemilik} menyangka orang dari

Siam akan datang membeli. Sekiranya dia tahu Hj Rahaman yang datang, beliau akan menanti di

rumahnya). Ujian dibuat setelah selesai taklimat Hj Rahaman. (Ada seramai 5 ahli termasuk 3

orang Siam. Ujian gagal.

Kami balik dan singgah di Restoran untuk berjumpa Mi (mekanik) untuk menetapkan tarikh pjk

di Kem Wardieburn. Dia membayar tambahan RM400/= untuk mencukupkan duit pjk. Kami ke

Muamalat untuk depositkan RM1200/= dan seterusnya fax bank in slip ke Ipoh.

6.

5-Aug-10

Wardieburn ke Subang

Mi and Geng

D5 Merah

Kelam kabut kerana kurang tahu jalan-jalan ke Wardieburn. Kelam kabut kerana hampir sampai

ke Wardieburn, pemilik menyatakan dia dah bertolak ansur menukar tarikh dari Jumaat 6 Aug

jam 1500 ke malam 5 Aug jam 2200 dan tidak mahu menukar lokasi dari Subang ke Wardieburn.

Oleh kerana pertukaran tempat, bayaran RM1200/= kena ditambah RM400/= lagi.

Perjumpaan dibuat di rumah Dato' Fauzi , Jalan Section U7, Mah Sing (Tmn belakang Condo Subang

Galaxy) hampir dengan Kg Melayu Subang, sebelah lebuh raya.

Haji Rahaman terpaksa menggunakan GPS untuk mengesan lokasi walaupun aku memberikan

prominent features yang ada disitu (7-11, Malbar's Restoran dan Subang Galaxy) Jemaah dari

Kl semuanya seku'u dan tak tau satu benda pun. Mereka sendiri tak pasti mana nak pergi. Yang

mereka tau hanya di rumah Dato' Fauzi, Kg Melayu Subang atau Subang 2.

Pemilik pula telah menyediakan satu jenis syarat bertulis sekiranya hendak berurusan dan apa

bila Hj Rahaman membacanya, dia bengang dan menyatakan dia tidak akan mengikut syarat

keran urusannya mempunyai cara dan sistem yang telah digunakan sejak 1978 dan telah ber-

jaya memperolehi 9 barang.

Setelah taklimat dijalankan, ujian dilakukan, yakni ujian potong rambut. Putus

Gagal dan kami ke kedai Malbar untuk dinner. Balik dan Pak Din nak ke Sabak Bernam pulak

6-Aug-10

Sampai di SB jam 0243 dan melepak dan tidor di Masjid Hishamuddin sampai subuh. Selepas

solat pergi ke kedai sarapan pagi dan jam 0730 cuba menelefon Hj Jamal. Tidak berjawab dan

seterusnya cuba menjejaki rumahnya tapi gagal. Polis dan hospital dijadikan rujukan tetapi

tiada yang tahu tentang kemalangan dan kematian cucu Hj Jamal.

Bergerak balik dan singgah di Langkap pula untuk menjengok anak Pak Din. Aku pula gelisah

kerana bti telefon dah kong dan awal pagi tadi adik ku menelefon tentang bapa kami yang

kedengaran teruk sedikit bernafas kerana terdapat air di dalam kerongkongnya.

SELEPAS ITU SEMUA URUSAN AGAK HAMBAR DAN OLEH KERANA DATANGNYA BULAN RAMADHAN

SEMUA URUSAN DITANGGUHKAN SEHINGGA 7 SYAWAL (TITAH TUANKU SULTAN)


BANYAK BERITA NEGATIF YANG AKU TERIMA DARI KAWAN-KAWAN TENTANG PAK DIN.

RAMAI PARA USAHAWAN BIDANG INI MENOLAK PAK DIN ATAU BERCERITA TENTANG PENIPUAN DAN

LAIN-LAIN HAL DI BELAKANGNYA. DISAMPING ITU ADA JUGA BERITA YANG MENYATAKAN PAK DIN

SUDAH BOSAN DENGAN SIKAPKU YANG SUKA "MERAGAM" DAN DIA NAK KELUARKAN AKU DARI

SENARAINYA. "MERAGAM" YANG DIMAKSUDKAN IALAH AKU CEPAT MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK

TIDAK BERURUSAN DENGAN KUMPULAN ATAU TUAN BARANG YANG BANYAK HELAH DAN KERENAH.

PRINSIP AKU IALAH MAU SEJUJURNYA, TIDAK MENIPU, BERHAJAT DAN TIDAK CERITA KOSONG

BANYAK.

SELEPAS 7 SYAWAL AKTIVITI DIMULAKAN, NAMUN TIDAK BERBALOI UNTUK AKU CATATKAN KERANA

KURANG UMPH DAN KURANG SEMANGATKU MEMERHATIKANNYA.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?