Tuesday, October 12, 2010

PROJEK AG 2010 - SIRI 3

Bil.

Tarikh

Tempat

Pemilik

Tujuan

Catatan

Pak Ya seterusnya ingin berusaha untuk mendatangkan hasil perjalanan hari

itu. Dia membuka cerita ada seorang guru di Bahau yang boleh mendapatkan

duit hanya dengan menggunakan minyak zaafaron, Espel Jin (9 daun), mistik,

atau keminyan jin. Dia bergegas ke Sunway. Sementara menanti keputusan

pjk esok, kami berihat di Masjid Imam Bukhari, Pudu. Aku bersembang

dengan Tok Siak, seorang bekas Komando sementara Pak Din dan Yaziz

berihat dekat kancil. Rupa-rupanya Pak Din sempat memohon duit ghaib

dari Puteri Nyai Teratai Putih dan memperolehi RM500/=

Namun aku tetap mengatakan ia Cuma lakonan untuk menyeronokkan Yaziz.

Yaziz cerita duit jatuh bersama bunga ke bawah (kalau jatuh di tempat bunga

jatuh itu menunjukkan duit berat/ berlipat) Kalau duit datang dari "sana" sudah

tentu tidak berlipat dan tidak jatuh di :spot" bunga jatuh/ melayang.

Setelah keputusan diperolehi, pjk akan di teruskan esok. Mamu menunjukkan

kepada kami satu hotel/ lodge di Pudu. RM70/= 2 X double bed. Amat kotor

keadaannya tapi oleh kerana takut nak keluar duit RM500/= tu, kami tidur

juga di situ.

12 Mar 10

Merayau di Pasar Seni sementara menunggu panggilan Pak Ya ke Bahau.

Tertarik denga Keris Duyung dan Keris Besi Hitam. Mungkin satu hari nanti

aku akan memilikinya.

jam 1215 aku tanya Bad Sponsor akan hal pjk dan dia bertanya kepada Pak Ya.

Pak Ya telefon Pak Din - hanyut. Cerita dah bertukar.

Bergerak balik ke Taiping jam 1423. Sampai di Taiping jam 1816 dan singgah

di Pokok assam untuk menunggu gelap kerana Yaziz malas nak tunjuk diri kat

taman dalam cerah.

13 Mar 10

Kg Melor, Kelantan

Pak Su

Badrul SA uruskan d5 merah

Hari ini Bad telah masukkan RM1200/= untuk urusan di Hotel Koperasi PDRM

untuk dipindahmilik

Kg Baru, KL. Aku sudah jalankan tugasku untuk mengingatkan Bad risiko

yang diambil kalau dia sendiri tidak pernah melihat d5 yang akan dibuat urusan.

Dia mengatakan risiko terpaksa diambil dengan menggunakan perkataan

"gamble"

14 Mar 10

Aku ke Taiping untuk menguruskan bayaran kepada Hj Rahaman. Aku ambil

Pak Din di depan Shell Simpang dan ke pekan Taiping. Di sana berjumpa

Yaziz dan kami teruskan kerja. Aku ambil duit dar RHB dan masukkan ke dalam

akaun Hj Rahaman di Muamalat. Hj dihubungi untuk penetapan tarikh dan

lokasi. Bad akan dimaklumkan.

Semasa dalam perjalanan balik Fax kepada Hj dihantar dan Bad dimaklumkan.

Oleh kerana Hj Rahaman berada di Timur pada minggu depan, tempat diubah

ke KB. Rancangan ditetapkan iaitu Bad akan sampai di Pdg Rengas pada pagi

18 Mar 10 dan berlepas melalui Gerik-Jeli.

16-Mar-10

Bad istiharkan dia akan mengajak Pak Ya kerana dia lebih tau "jalan ini".

Aku dah rasa urusan ini akan gagal. Bad menelefon dan menangguhkan urusan.

17-Mar-10

Bad istiharkan dia batalkan urusan kerana katanya dia dapat "alamat" kurang

baik dan ada kawannya di Perak pernah berurusan dengan Hj Rahaman. Kata

nya Hj Rahaman berurusan "orang atas orang", maknanya tidak terus dengan

pembeli. Aku jelaskan Hj dah buat urusan dari tahun 70an dan 8 barang di

Brunei adalah hasil kerjanya. Bad nak duit dia balik walaupun setengah.

Aku jelaskan, duit tidak dapat dipulangkan tetapi masih kekal aktif selama 3

bulan.

Pak Din dan Yaziz dimaklumkan dan Pak Din hubungi Pak Ya. Mengikut Pak Ya

aku yang memberitahu Bad Hj berurusan orang atas orang dan dia minta duit

Bad dipulangkan.

20

19-Mar-10

Belakang Ampang Puteri,

Jamal

"Dato'" Ahli Perniagaan

Ilham kawan Imam, memperkenalkan Jamal (pion Dato') utk berjumpa dengan

Ampang, KL

nak jual d5 merah pada

penguji. Oleh kerana kami bukan penguji, d5 hanya berita. "Dato'" mahu

harga 20j

buat urusan sekiranya harga 20j diberi secara tunai dan beliau tidak perlukan

surat anugerah, bank atau sebagainya kerana dia adalah jutawan dan ahli

perniagaan yang ada hotel dan sykt kapal.

Jamal insisted to see the tester dan kami Cuma bersetuju untuk "berbincang"

dengan Hj.

Rumusan: Tuanku Al-Sultan Brunei nak dengar cakap Dato' atau Dato' kena

akur dengan titah Tuanku?

Duit 20j boleh dikeluarkan oleh Tabung diRaja ke tanpa pengesahan barang?

Atau boleh juga selepas barang diuji, duit masuk, dia pergilah sendiri keluarkan

duit atau suruh pion keluarkan.

21.

24-Mar-10

Larut Tin, Taiping

Pak Long

Cula B dan Cemara

Urusan Pak Din dan Ismail Gulam. Semalam mereka telah ke Kg Belum untuk

(Orang Kg.

menguji barang bersama Azman (kwn Yusof teksi hari itu). Semasa diuji, sifat

Belum)

keindahan kebal kulit itu ada. Jarum tidak menembusi kulit orang yang meme-

gang. Menurut Azman dan Nizam (orang yang mengeluarkan perbelanjaan)

Pak Long Cuma akan datang seramai 3 ke 4 orang saja. Namun hari ini, Pak

Long sudah membawa tidak kurang dari 8 anak buahnya termasuk seorang

To Ayah Pakida (Kuala Nerang), bomoh diRaja ke 3 Sultan Perak dan beberapa

orang lagi termasuk seorang perempuan dan seorang remaja.

Haji Rahman membawa Taukeh Sg Petani dan seorang lagi escort.

Ujian gagal lagi kali ini. Rupa-rupanya Hj telah pernah berurusan dengan

Pak Long di Sg Petani beberapa bulan lalu dan di sana juga gagal ujian.

Duit Bad RM1200/= digunakan RM800/= hari ini. Maknanya masih ada RM400

dengan Hj. Jadi duit "line" masih ada.

22.

1-Apr-10

Kg Kepala Gajah, Perai

Din

Batu Merah, air merah

Urusan Suhaimi MM, Ismail Gulam dan Nizam. Sampai hampir dgn toll ke Alor

Setar apabila menerima telefon dari Ismail mengatakan pemilik nak buat di

Tasek, Spg Empat, Kedah. Patah balik dan sampai di Masjid Jame' Kg Kepala

Gajah sebelum azan zohor. Ada masalah tentang bayaran kerana kini charge

untuk ujian ialah RM800/= (kwsn Pulau Pinang). Namun Hj Rahaman telah

mendahulukan duitnya. Sebelum Hj Rahaman sampai kumpulan memaklum

kan pemilik tidak mahu keluar dari pejabatnya kerana isterinya hampir bersalin.

Bila Hj Rahaman sampai, ia diberutahu pemilik menunggu di pejabatnya. Hj

solat dulu. Bila kami sampai dengan Hj, pemilik sebok melayan pelanggan di

pejabatnya. Dia mengambil masa hampir 30 minit sebelum aku masuk ke

pejabatnya dan bertanya sama ada dia nak meneruskan urusan atau sebalik

nya. Kelam kabut sedikit kerana pemilik juga hidung mat nisfu dan tidak ada

clue tentang urusan. Bila diuji, habuk pun tak ada.

Gagal lagi.

23.

20-Apr-10

Rumah Rehat Baling

Rama dan Pak

Batu d5 warga Thailand

Tarikh ditunda ke 22 Apr 10. Semua elok tetapi rambut putus apabila pisau sampai

Su (OA)

untuk dimahar pada harga

dibahagian hujung. Jin penjaga tidak hadir Cuma menghantar pengikutnya

15j

sahaja. Hj nasihat buat lagi sekali di Thailand kalau nak berjaya. Yuran adalah

(Yang dibawa adalah tongkat

RM3400/=

jin)

Dalam perjalanan balik, singgah di Taiping berjumpa Yusof Teksi dan seorang lagi

kawan dia bernama Aziz (Benggali?) yang "ikhlas dan jujur" dan suka memberikan

duit proses berjuta ringgit kepada orang susah. Satu sen pun dia tak ambil konon

nya. Dia ni tak setuju berurusan dengan Hj kerana suka menginaya orang katanya.

Setuju untuk memproses d5 merah dan kebal kepunyaan To Ayah (Pasir Putih

Kelantan) pada Isnin 26 Apr 10. Mamu akan datang ke Kuala Kangsar pada

pagi Isnin tersebut.

24.

26-Apr-10

Rumah Pak Ya, Bachok

Aziz Ikhlas dan

d5 merah satu tempayan

0415 Mamu sampai di sta KTM Kuala Kangsar. Aku ke sana jam 0450 dan sampai

Yusof Teksi

pada jam 0520. Picked up Mamu dan bawa ke kedai makan 24 jam depan Fah

Loong Trading. Jam 0550 ke masjid

Jam 0750 teruskan perjalanan ke Gerik tanpa menunggu ahli yang lain. Berjumpa

di Masjid simpang ke Kg Bukit Sapi dan Pak Din naik keretaku.

Sampai di Pasir Putih jam 1115 dan berkumpul dengan ahli dari kumpulan Yusof, ada

5 orang iaitu Aziz Ikhlas, Yusof Teksi, Ahli Bomba, Jai dan seorang lagi.

Tunggu punya tunggu, seorang muda tiba dengan mazda 323 saloon (lama). Kami

mengikutnya ke sebuah kampung melalui beberapa tali air dan ladang tembikai.

Sampai di sana berjumpa Pak Ya (tanpa baju dan hanya berkain pelikat). Barang

bukan miliknya. Dia hanya kordinator dan ramai pemilik datang untuk bantuannya

mengajukan prosesan atau jualan. Tunggu lagi sehingga pemilik datang. Tunggu

dari jam 1230 hingga 2130. Bila Mamu uji, semuanya kosong.

27-Apr-10

Bergerak pula ke Pasir Mas, Rantau Panjang untuk melihat besi kuning. Habuk

Semasa nak melihat satu lagi barang (jam sudah hampir 0130 pagi) kami cabut

ke Tanah Merah untuk mengambil wang minyak dari Yusof. Tunggu Mail Gulam

dan pada jam 0330 kami cabut balik ke Jeli.

Mengantuk dan aku berhenti di Jeli untuk tidur. Bangun jam 0515 dan menerus-

kan perjalanan ke Taiping.

Berita diterima bahawa ibu Ismail Gulam meninggal dunia dan aku bercadang utk

ziarah selepas mandi manda di Ipoh. Tak terdaya lalu terus tidur hingga pagi

berikutnya.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?