Saturday, October 30, 2010

PROJEK AG 2010 - SIRI 5

Bil.

Tarikh

Tempat

Pemilik

Tujuan

Catatan

7.

2-Sep-10

Karai, Kuala Kangsar

Isteri seorang Pawang Kampung

Pindah-milik batu merah yang tidak

Pak Din beriya-iya tentang pemilik ini yang kononnya dikelilingi oleh kampung bunian. Anak tuan

pernah diuji merahnya kerana khadam

barang sendiri telah menyaksikan kononnya. Namun apabila diuji, habuk pun tarak dan masa

tidak membenarkan diuji rendam.

itu hal batu tidak boleh direndam dikhabarkan oleh pawang ini.

Menurut pawang ini, ujian gagal kerana ada salah seorang dari jemaah tidak berapa betul

(dia maksudkan Pak Din) Khabarnya dulu ramai ahli jemaah tetapi dibuang oleh Pak Din yang

mengatakan tuan barang yang tidak suka ramai-ramai. Ahli jemaah termasuklah Hj Ismail Gulam

dan beberapa orang lain.

8.

8-Sep-10

Gunung Rapat

Ustaz

Proses

Pada hari ini Mamu dipanggil datang untuk mengesahkan keindahan barang. Namun oleh kerana

Mamu sampai lewat, urusan dibatalkan oleh pemilik barang.

Mamu bermalam di rumah aku dan bersedia untuk projek esok di Sg Petani.

9.

9-Sep-10

Sg Petani

Geng Ismail Parit Buntar

Proses

Begerak jam 10 lebih dan sampai kurang lebih jam 1300. Hala tuju disembunyikan oleh Ismail

Mula-mula katanya jalan nak ke Pantai Merdeka, lepas tu Pinang Tunggal. Sudah-sudahnya nun

kat sebuah taman di Sg Petani. Dah tunggu sampai malam, bila dah malam berpusing kat

taman seolah-olah tak kenal jalan ke rumah kawannya itu. Rupa-rupanya barang yang sepatut-

nya diajukan masih tidak ada. Nak ajukan rb 9 gelung, satu gelung pun tak ada.

Balik singgah di Simpang sebab Pak Din nak jumpa Cikgu Mat yang menguruskan d5 merah

kepunyaan Ismail Pakistan.

Ismail Pakistan nak jumpa Hj Rahman sebelum berurusan supaya khadamnya kenal Hj Rahaman

dan urusan mungkin akan berjaya. Aku ditugaskan mencari jalan supaya Ismail dapat berjumpa

Hj Rahaman.

Pada masa Hj Rahaman berada di Ipoh, Ismail Pakistan dan cikgu Mat dipanggil ke Ipoh dan perte-

muan dibuat di dalam Restoran MacDonald. Kononnya pertemuan ini akan memudahkan urusan

apabila Ismail telah bersua muka dengan Hj. Majlis "suai-kenal" berlangsung selama 3 jam lebih

dan apabila bersurai, Ismail Pakistan meminta agar Nurhayati tidak dibenarkan hadir semasa uru-

san nanti. Satu lagi "demand" dari Ismail Pakistan. Setelah berbelanja RM3800/= untuk membawa

Ismail Pakistan balik dari Pakistan, bertemu dengan Hj Rahaman dan meminta agar Nurhayati tidak

hadir di tempat ujian, tiba-tiba urusan dibatalkan kerana mengikut cikgu Mat dan Hj Ismail Gulam,

mereka menguji d5 dua kali untuk menyaksikan keindahan namun apabila nama Hj Rahaman disebut

air rendaman d5 yang merah terus bertukar jernih semula.

10.

27-Oct-10

Ipoh

Azmi, Aris, Din, Megat

Pindah-milik d5 kebal

Pjk diajukan oleh Hj Rahman sendiri dimana En Din (sopak) telah menghubungi beliau untuk

menukar milik batu d5 kebal (rambut) Hj Rahman menghubungi aku untuk memberikan tatacara

berurusan dengannya. Aku menghubungi En Din untuk butiran lanjut dan geng Azmi aku

jumpa pada keesokan hari di Restoran Bintara Sunway.

29-Oct-10

Urusan dibuat di mana Pak Din gunakan duit line Sabak Bernam RM200/= dan aku tambah lagi

RM100/= Jumlah keseluruhan terkumpul untuk urusan ini adalah RM800/=

Ditetapkan tarikh dan tempat ditetapkan di rumah En Din antara jam 1745 hingga 1800.

Pada hari ujian, setelah Hj dan Nurhayati sampai, En Din dan isteri bantai buat hidangan dulu

sedangkan selalunya Hj tak suka minum sebelum urusan. Apa nak dikata. Ngirup dulu dan

selepas Hj beri taklimat biasa, ujian dimulakan. Hampir berjaya, kulit Azmi sampai berbunyi (TAPP!)

bila jarum ditekan juga menembusi kulit. Jarum bengkok. Hj mengakui barang bagus.

Taklimat penjagaan diberi oleh Nurhayati setelah Azmi memberi kepastian untuk ulang urusan.

Kami teruskan bersembang kosong sampai jam 0100 pagi keesokan di Cwg Restoran Bintara,

Yang lainnya kumpulan Azmi ni adalah cara dan keahlian mereka. Azmi dan Aris "gu" rapat di

dalam "dunia" mereka. Mereka boleh berkomunikasi dengan orang-orang ghaib dan dari

keterangan Azmi dia memegang hak kedaulatan Raja-raja Melayu dan Brunei. Pada masa terjadi

kekecohan di kawasan istana Perak beberapa tahun dulu, ketika PKR dan PAS mahu menuntut

keadilan kes rampasan kuasa terunggul dalam politik Malaysia, Azmi telah menghunuskan

Taming Sari dan membenamkannya ke tanah. Ini menyebabkan komponen pembangkang tidak

dapat bertindak terus "menyerbu" istana. Itu hanyalah salah satu cerita ajaib yang aku dengar

tentang Azmi dan banyak lagi. Yang Aris pula, kalau dia dengar imam di masjid memberi khutbah

dan memasukkan hal politik (pembangkang) dia akan mengunci kelancaran imam berkhutbah

sehinggakan imam tidak dapat berkata-kata lagi. Hebat juga dua sekawan ini. Dari pelajaran

hakikat pula kedua-dua hamba Allah ini tak kurang hebatnya. Cuma mereka belum ma'rifatullah-

masih berpijak di alam nyata sebagai hamba yang memerlukan makan dan minum dan wang.

Mereka berupaya membantu rakan naik ke langit ke 7 (secara bathin) . Selain dari itu Azmi juga

giat mengajar beberapa remaja (yang diantaranya bekerja di Restoran Bintara) ilmu persilatan

Kuntau Keramat.

Satu lagi cerita dari Azmi, dia telah menikahkan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang pada satu

ketika kerana dia berjanji sekiranya berjaya (salah satu projeknya)mengeluarkan harta karun

dia akan menikahkan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Kebetulan pula salah seorang dari

jemaah projek tersebut memperolehi sebutir batu (precious stone). Selain dari itu untuk projek kami,

Azmi juga mampu menyeru ahli jemaah untuk berkumpul secara bathin bagi memantapkan keindahan

( tanpa perlu hadir secara fizikal). Aku khuatir Hj dan Pak Din tidak mampu diseru oleh Azmi

walau pun Azmi menyatakan Hj, Nurhayati dan Pak Din hadir pada 3 malam termasuk malam akhir.

11.

6-Oct-10

Kuantan

Wak Hj (Guru Proses)

Urusan En Abdul Ridzuan untuk

Bergerak ke Kuala Lumpur jam 1045 pagi. Trip ini disertai oleh Wan, Yusof (pemberita Berita

memproses batu d5

Harian tahun 70an dan 80an), Kareem, Burhan, Pak Din dan aku. Wan memandu Merz dan aku

B170 Kancil. Mamu menunggu kami di pekan Karak dan kami sampai di Kuantan lk jam 2015.

Sampai di rumah Wak Hj, dia menyatakan barang belum sedia kerana masih di dalam kerja (zikir

dan sebagainya). Akhirnya terbongkar bahawa trip ini sepatutnya dibuat pada 9 atau 10 Okt,

tetapi Pak Din menggesa untuk bergerak pada 6hb. Akhirnya kantoi. Rancangan dibuat untuk

urusan dilangsungkan pada 11 Okt tetapi Allah telah memanggil ibu Mamu kembali ke

rahmatullah pada hari Sabtu. Segala urusan ditangguh sehingga selepas Mamu selesai dengan

tahlil pada hari ke 7.

12.

12-Oct-10

Kuala Nerang

Kumpulan Rahim Perlis

Pindah milik d5 kebal

Urusan ini aku uruskan line dengan Hj tetapi aku tidak turut serta kerana dah malas nak jalan

jauh. Wakil kami adalah Hj Ismail Gulam dan mengikut beliau, barang cantik tetapi tidak dapat

kejayaan kerana kurang kuat. Hj menasihatkan urusan kali kedua dilaksanakan di Langkawi iaitu

tempat tuan barang.

Hatyai

Kumpulan Rahim Perlis

Pindah milik d5 merah/ kebal

Pada awalnya dirancang pada 29 Sep 2010 tetapi ditunda kerana pengiring pemilik barang uzur.

di Masjid Bt Kayu Hitam. Untuk urusan berikutnya Hj Rahaman mengesyorkan urusan di Thai pada

13, 14 dan 15 Oct 10. Urusan dirancang dibuat di Pattani. Bagaimanapun ianya diubah ke Hatyai.

13.

Jumlah yang telah dilaburkan oleh Geng Rahim termasuk Sjn Zaidi adalah lk RM2800/= termasuk

perbelanjaan ulang alik ke tempat pemilik barang untuk berbincang dan menjemputnya. Yuran tetap

urusan di Hatyai ialah RM3600/= termasuk insuran. Hj Rahaman bermurah hati untuk menokok

RM1600/= untuk kali ini kerana kesihankan ahli jemaah yang sudah berusaha namun kekurangan

modal.

Pada urusan akan datang, mereka terpaksalah mengeluarkan tambahan RM1600/= jika urusan

dibuat di Hatyai.

14.

19-Oct-10

Ipoh

Azmi dan geng

Pindah milik d5 kebal

Urusan dibuat mulai jam 1100 di rumah kedai yang disewa oleh Azmi. Aku memilih tempat ini

kerana Azmi melakukan kerjanya di sini dan aku rasa ia lebih afdhal. Ujian kali ini akan dibuat

ke atas kebal rambut. Dipendekkan cerita, ujian gagal kerana tiada penjaga barang yang hadir.

Walaupun sebelum ini, Azmi menyatakan dia telah menyeru besi Khursani dari Neraka di isi ke

badannya untuk menyeru kekebalan, namun segalanya hanya kata-kata.

Walaupun mengikut Azmi, tiga malam berturut-turut semua jemaah termasuk Hj dan Pak Din di

seru untuk datang memantapkan kekuatan d5 tersebut, Hj menegur Azmi kerana tidak berbuat apa-

apa untuk memperelok barang tersebut. Fikirlah sendiri nilai cerita sebelum ini tentang keupayaan

masing-masing.

15.

24-Oct-10

Alor Ali, Pendang, Kedah

Aku dan Hj Ismail Gulam

Mohon dari Nenek Siti Mariam

Kami bercadang untuk memohon barang ajaib dari Nenek Siti Mariam, Gunung Jerai kerana sudah

letih kena kencing oleh tuan barang dan ahli-ahli usahawan AG. Manalah tau kut nasib baik dapat

barang baik dari AG. Tak payah lagi nak ke sana sini. Ada hak sendiri, tunggu masa dan usahakan

sahaja. Jadi kami ke Makam DiRaja, Langgar untuk berjumpa Hj Ismail. Kami sampai lk jam 2000

dan ke Alor Ali, Pendang bersama seorang lg kawan Hj Ismail. Sampai di rumah Pak Ngah Musa, ia-

itu orang yang boleh berhubung dengan Nenek Siti Mariam. Hajat kami dimaklumkan kepada Pak

Ngah Musa. Seterusnya kami dihidangkan dengan berbagai-bagai "barang" yang dihantar oleh

NeneSiti Mariam (NSM) setelah menerima tempahan atau permohonan dari orang-orang yang

berhajat. Banyaklah batu-batuan, cincin, gelang, rantai dan perhiasan wanita lama, besi kuning dan

senjata-senjata serta macam-macam lagi. Sementara itu, Pak Ngah menyatakan barang yang kami

hajatkan dah turun semalam (maknanya dah dihantar oleh NSM semalam atas permohonan orang

lain. Dia pun mengeluarkan dua bungkusan kain kuning dan membuka salah satunya. Setanggi di

bakar dan setelah membaca sesuatu, sesuatu benda bujur berbentuk telur sebesar ibu jari dimasuk

kan ke dalam segelas air. Apa lagi, menyalalah batu (bulb) tersebut. Dia pun bertanya kepada ahli

jemaahnya merah atau tidaj air. Dia bertanya kepada Hj Ismail Gulam pula dan Hj Ismail Gulam

menjawab air tak merah tapi batu menyala. "Tu tak merah lagi?", tanya Pak Ngah Musa.

Rupa-rupanya itu pengertian Pak Ngah Musa batu delima merah direndam airnya merah (bulb

dalam batu menyala atas tindak balas kimia). Dalam hati aku dah berkata bahawa malam ni dapat

dengar cerita dongeng lagilah.

Sedang kami menyedut asap rokok, Pak Ngah mempelawa kami "menggali" iaitu aktiviti mengumpul

cenderamata dari nenek di halaman rumah Pak Ngah. Hj Ismail Gulam setuju dan aku pun joined

sekali kerana aktiviti ini kena ada dua orang, sekurang-kurangnya.

Setanggi dipasang, dua piring plastik disediakan dan di dalamnya diletakkan kain kuning. Kami kena

bayar RM12.15 seorang. Aku yang pertama kena bawa dua batang setanggi dan dinyalakan di bawah

pokok mangga. Bagi salam dan selawat 7 kali. Lepas tu balik ke anjung rumah. Lepas 2 minit aku

ke batang pokok tu dan cari cenderahati, dapat gelang magnet dan bawa ke anjung. Lepas 5 minit

aku disuruh pergi ke batang pokok dan cari hingga habis semua cenderahati dijumpai.

Aku dapat cincin belah rotan (stainless steel), kersang x 5 termasuk yang dah tinggal pin sahaja,

rantai berwarna emas, gelang adidas (stainless steel), cincin batu hijau, jam wanita A S Polo (tiruan).

Nenek pun hantar benda-benda murahan aje ke? Ini fitnah Pak Ngah !!!! Takkan standard

Gunung Jerai sama dengan barang pukal China atau Gedung Mydin kut?

Tak palah Pak Ngah, ada juga cenderahati kali ini. Selalu tu kalau berurusan tak dapat apa-apa

pun. Sekurang-kurangnya kali ini ada juga nak ditunjukkan pada omak den. Dapekla omak den

pakai golang kesihatan bermagnet. Barang lain aku buat koleksi ajelah.

Hj Ismail dapat barang perhiasan wanita - gelang, rantai dan lain-lain. Lepas ni kami kena "me-

nyampaikan" hajat" kami kepada Nenek. Tempatnya dekat pokok pisang di halaman rumah.

Pasang dua batang setanggi dan pacak kat pangkal pokok pisang. Lepas tu kami bercakap kepada

"nenek" hajat kami nak mohon apa. Dah satu hal bercakap kat pokok pisang, dalam gelap pulak tu.

Yang hairannya, Pak Ngah bercakap dengan Nenek di dalam rumah. Yang kami kena pergi kat pokok

pisang!!? Tak palah………..tengok apa kesudahannya dulu. Lagi 2 atau 3 hari dapat jawapan………….

kut?

No comments:

Post a Comment

Have something to share?