Monday, October 4, 2010

Mencari Keajaiban

Telaga minyak KBD. Secara tidak langsung aku juga terlibat di dalam industri tersebut. Aku bukan orang minyak atau pakar cari-gali minyak atau pakar petroleum tetapi berkecimpung di dalam hal lain. Lain dari yang lain. Ia berkaitan alam misteri yang kalau difikirkan tidak masuk akal langsung. Tahukah anda bahawa untuk mengekalkan aliran minyak tidak terganggu untuk ratusan tahun, telaga minyak memerlukan penjana dari alam ghaib? Sudah tentu kudrat dan iradat Allah itu penjana utama. Untuk menyatakan kudrat dan iradat Allah ini, KBD telah menemui satu method yang unik dan aku rasa ianya belum diguna-pakai oleh mana-mana telaga minyak di dalam dunia ini. Mungkin negara blok Arab menggunakan kaedah yang sama? Aku tidak pasti kerana bidang ini sukar dibuat kajian. Telaga minyak ini diletakkan "khadam" atau penjaga ghaib yang menjaga batu delima, batu-batu lain, besi kuning, rantai babi, keris atau apa-apa juga yang mempunyai penjaga ghaib atau "khadam". Buat masa ini sudah terdapat sembilan khadam yang menjaga telaga minyak di sana iaitu dua orang khadam untuk setiap telaga. Blok L dan M baru mempunyai seorang khadam iaitu yang didatangkan dari India hasil usaha Dato' Seri S.SV. Beliau mendapat anugerah yang memang lumayan (lebih kurang RM260j).
Oleh kerana ada keperluan untuk mengisi tempat-tempat yang kosong , aku menjadikan aktiviti ini sebagai usahaku seharian. Usahaku ini bukan untuk main-main tetapi untuk pulangan yang solid. Aktiviti yang telah aku jalankan setakat ini, aku tulis di dalam bentuk tabulated menggunakan excel spreadsheet. Aku akan cuba memaparkan semuanya sekiranya google blogger ini dapat menerima spreadsheet ke dalam design dan settingnya. Aku akan cari jalan untuk copy and paste kalau boleh. Aku akan cuba di dalam blog post aku akan datang. Usahaku ini sebenarnya bermula sejak dari tahun-tahun 90an, namun yang aku mula catatkan adalah selewat tahun lepas, 2009.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?