Kalau kita umpamakan barang-barang yang mempunyai keistimewaan
seperti batu delima merah, biru, besi kuning, besi leleh, cemara (CB), rantai
(RB), kulum (KB), kulit landauan, keris dan lain-lain yang mempunyai khadam,
jin, penjaga atau penunggu ia adalah seperti pemetik api yang ada gasnya.
Pengguna akan hanya membeli pemetik api yang
gasnya masih penuh atau hampir penuh setanding dengan nilai harga yang
ditawarkan. Sekiranya pengguna yang akan
membeli pemetik api diberitahu bahawa gasnya sudah habis atau telah dipindahkan
ke kedai lain atau ke pemetik api yang lain maka urusan jual beli tersebut
sudah tentu dibatalkan kerana pemetik api tanpa gas tiada gunanya. Pemetik api yang sudah kosong bersepah
di tepi-tepi jalan, di dalam tong sampah
dan di tempat pembuangan sampah. Pemetik
api hanya dibeli kerana gasnya digunakan untuk penyalaan api.
Begitulah juga dengan barang-barang istimewa yang disebut di atas
tadi. Ianya dimaharkan untuk urusan
pindah milik (tiada tawar menawar maharnya) atau urusan jual beli (ada tawar
menawar harganya) apabila ada “kekuatannya” atau “keistimewaannya” yang boleh
disaksikan oleh pembeli atau wakil pembeli atau jemaah. Adakah sesiapa yang mahu membayar harga yang
tinggi tanpa diperlihatkan keistimewaan barang tersebut? Adakah sesiapa yang rela membayar RM1 untuk
pemetik api yang tiada gas? Bolehkah alasan bahawa khadam batu atau besi sudah awal-awal pergi ke rumah pembeli dan
upacara pindah milik hanya untuk menyerahkan batu atau besi tanpa
khadamnya. Ada akai ka?
Cerita memang sedap. Bukan
semua penjaga atau penunggu atau jin atau khadam yang sanggup dipindah
milik. Ada yang tersangat sayang dengan tuannya
sehingga tidak sanggup berpisah. Ada
tuan barang yang rela jadi khadam kepada khadam barang. Ada khadam yang mempermain-mainkan tuan
barang. Namun apa pun di Tanah Melayu
ini, banyak barang di isi dengan khadam yang tidak berumah. Apabila masa menguji kekuatan khadam tersebut
depa cabut lari.
No comments:
Post a Comment
Have something to share?