Sunday, August 12, 2012

Yuran PAG Naik Lagi

Urusan pindah-milik barang-barang istimewa. Di dalam tahun 2012 ini, yuran telah dinaikkan sebanyak 3 kali. Pada asalnya sesiapa juga mampu untuk mengeluarkan yuran urusan kerana ada tempat yang hanya memerlukan yuran serendah RM200/= sahaja, iaitu di Kuala Nerang. Nampaknya dari RM200.00, yuran di sana dinaikkan ke RM400.00 dan tidak sampai dua bulan telah dinaikkan ke RM800.00 dan terkini iaitu semalam (12 Ogos 2012) saya dimaklumkan oleh Kak Siti yuran keseluruhan semenanjung Malaysia adalah RM2000.00
Dengan kenaikan terkini yuran urusan, maka telahan saya beberapa post yang lalu mungkin ada benarnya - pihak istana cuba tidak menggalakkan urusan dijalankan lagi. Ini bermaksud tidak perlu begitu ghairah memburu barang-barang istimewa lagi kerana sudah "berlambak-lambak" dikumpul di sana sejak tahun 1978.
Apa yang dikhuatiri adalah walaupun sesuatu barangan itu mempunyai keistimewaan, ada saja cara untuk membatalkan urusan atau menggagalkan urusan. Wakil istana dapat habuannya tetapi jemaah melopong kerana berbelanja sehingga RM2000.00 ++ tetapi hasil sifar. Ini berkemungkinan terjadi kerana barangan yang telah dikumpulkan di sana sudah lebih dari mencukupi, sudah "over-flow".
Oleh itu, saranan saya ialah, sekiranya masih ada pemilik barangan yang benar-benar ingin berurusan sila tentukan segala-galanya dari segi "kekuatan" dan "keindahan" berada di dalam keadaan 100%. Bukan setakat ingin mencuba. Mencuba kalau percuma tak mengapalah, tapi kalau mencuba dengan kos RM2000.00. lebih baik sedeqahkan kepada fakir miskin. Membazir sedeqah kepada orang kaya.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?