Tuesday, July 3, 2012

Urusan Pindah-milik

Kepada tuan yang berhajat untuk berurusan pindah-milik barang-barang yang ada keindahan/ keistimewaan, sila wakilkan kepada seseorang yang boleh membuat keputusan semasa berbincang dengan saya. Janganlah dihantar "broker". Sukar berurusan dengan broker kerana kami tidak terima broker di dalam urusan ini. Wakil tersebut akan menjadi jemaah kerana hanya ahli jemaah yang akan sama-sama diberi imbuhan sekiranya urusan berjaya. Jemaah kena sama-sama berkongsi komitmen tenaga, masa, wang ringgit dan keyakinan.
Seperkara lagi di dalam urusan ini pemilik dan wakil tidak perlu bercerita tentang penipuan dan sudah berapa kali terkena sebelum ini. Kalau berasa curiga tidak perlu buat urusan dengan kami. Keyakinan perlu. Gunakan penjaga barang untuk hapuskan kemungkinan ditipu. Apa guna ada barang yang bagus/ ampuh jikalau asyik kena tipu saja. Ertinya penjaga barang yang lumrahnya disebut khadam itu tidak boleh "pakai" Useless and hopeless.
Desperado jauh sekali tetapi bosan ada sikit sebab sebelum pergi berjumpa semua tiada masalah, bila jumpa pula wakil yang tidak boleh buat keputusan, wakil pula sudah banyak kali kena tipu walaupun wakil-wakil semuanya handal dan ada batu itu dan ini.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?