Tuesday, May 8, 2012

Yuran PAG-kemaskini

Pagi tadi jam lebih kurang 00:31 pagi, Pak Ali menelifon aku bertanyakan yuran urusan PAG di kawasan Kelantan. Beliau berada di Terengganu untuk menyaksikan beberapa barang yang dikatakan ada keindahan. Akupun tanpa berlengah menghantar sms kepada Pegawai Pengiring dan Pemerhati dari istana bertanyakan yuran urusan di sebelah Pantai Timur. Setahu aku sepanjang penglibatanku sejak 2009 harga yuran di sana adalah RM1,200.00. Pegawai Pengiring dan Pemerhati menjawab smsku dan ini adalah harga yuran untuk urusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang - RM1,700.00

Oleh itu semua harga urusan di semenanjung telah lengkap. Berdesup naiknya. Oleh itu bagi tuan-tuan barang yang dah berhajat sangat nak pindah milik barang indah mereka, fikirlah masak-masak. Betul ke ada keindahan atau hanya untuk pertunjukan sahaja. Bagi para jemaah yang beriya-iya nak berurusan, tentukan tuan barang pun hulur sama. Yuran dah tinggi melambung. Kalau tuan dengar cerita keindahan barang, sila saksikan dengan mata sendiri. Jangan saksi dengan telinga. Nanti sudah keluar belanja beribu-ribu ringgit baru mengaku belum saksi keindahan. Rugi bang, rugi. Anak bini pun nak guna duit juga.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?