Tuesday, October 11, 2011

Urusan Pindah-milik Barang Istimewa

Sudah agak lama saya tidak menulis berkaitan PAG, iaitu subjek dan aktiviti kegemaran saya. Sebab saya tidak menulis aktiviti tersebut sejak bulan Jun lagi adalah kerana saya dapati semua urusan agak sama dan tidak ada apa-apa peningkatan dari semua aspek. Ramai jemaah baru yang saya temui dan ada di antara mereka yang baru pertama kali terlibat atau baru didedahkan cara kami menjalankan urusan.

Di dalam pemerhatian saya, terdapat kekeliruan atau/ dan keengganan "pemilik barang" dan/ atau jemaah dengan sistem urusan kami. Masih ramai yang mahukan cagaran atau deposit diletakkan sebagai jaminan untuk "menguji" barangan istimewa mereka.

Untuk tulisan saya kali ini, saya akan menjelaskan sekali lagi "barangan" yang boleh dipindah-milik, prosedur dan pesanan-pesanan khas yang mungkin boleh membantu kejayaan sesuatu urusan. Segala bahan yang akan dipaparkan adalah berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan catatan dari teguran serta nasihat yang diberikan oleh "penguji" dan "pemerhati" yang diijazahkan oleh pihak yang berkenaan.

1. Barangan Istimewa Yang Boleh Dipindah-milik. Barangan yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat atau “keindahan/ keistimewaan” berikut boleh diuruskan untuk pindah-milik.

a. Batu Delima atau sebarang batu yang apabila direndam di dalam sebarang air, berubah warna air tersebut. Yang ingin dilihat adalah pancaran warna berbuih atau bertali naik ke atas permukaan air dan mengubah warna air tersebut. Masa yang diambil mulai batu direndam hanya beberapa saat sahaja. Apabila batu tersebut dikeluarkan, air akan kembali jernih seperti asal.

b. Apa-apa juga benda yang memberi kesan kebal kulit. Cara pengujian ialah kulit lengan akan ditarik dan dicucuk dengan jarum berkepala (selalunya digunakan oleh muslimat untuk mencucuk kain tudung). Keindahan “kebal kulit” nyata sekiranya jarum bengkok dan kulit tidak ditembusi oleh jarum tersebut.

c. Apa-apa juga benda yang memberi kesan kebal rambut. Cara pengujian ialah rambut dipotong dengan pisau cukur (razor blade) sekali lalu sahaja (bukan dihiris macam menggunakan gergaji). Keindahan kebal rambut nyata sekiranya rambut tidak putus walau sehelai sekalipun.

2. Prosedur. Bagi pembaca yang ingin berurusan sila ambil perhatian terhadap prosedur yang telah ditetapkan dan juga beberapa maklumat tambahan yang perlu dipatuhi.

a. Hajat. Segala urusan mesti dimulakan dengan niat dan hajat pemilik benda/ barang itu sendiri. Amat perlu dielakkan para jemaah mendesak atau “dok usya” tuan benda untuk membuat urusan kerana urusan ini melibatkan benda dan “penjaga” benda yang akan dipindah-milik selama-lamanya. Komitmen pemilik benda diperlukan seratus peratus(100%).

b. Yuran. Urusan ini adalah urusan formal oleh itu yuran-yuran seperti berikut perlu dijelaskan sebelum tarikh ujian diperolehi. Terdapat ramai pemilik benda dan jemaah yang mempertikaikan keperluan mengeluarkan yuran sedangkan mereka yang memiliki benda tersebut. Harus diingatkan urusan adalah permintaan pemilik/ jemaah dan setiap urusan memerlukan khidmat penguji yang ditauliahkan. Juga harus diingat bahawa setiap urusan yang berjaya memerlukan khidmat peguam dan dokumen pengesahan.

1). Yuran Buka Fail. Yuran ini adalah bertujuan untuk membuka fail urusan dan bagi menempah tarikh ujian. Jumlahnya adalah RM200.00 bagi semua tempat. Seelok-eloknya pemilik benda mengeluarkan yuran ini bagi menunjukkan komitmennya dan juga keyakinannya terhadap benda istimewa yang dimilikinya. Walau bagaimanapun, sekiranya pemilik benda teramat dhaif dan tiada modal, bolehlah beliau berpakat dengan ahli jemaah yang bekerjasama dengannya untuk mengeluarkan modal.

2). Yuran Insuran dan Perjalanan. Jumlah tambahan dari yuran di atas mengikut kadar negara/ negeri seperti berikut:

a). Kedah. RM300.00 kecuali Kuala Nerang.

b). Perlis, Pulau Pinang dan Perak. RM600.00.

c). Lain-lain Negeri. RM1,000.00.

d). Sabah dan Sarawak. RM3,400.00

e). Thailand. RM3,400.00.

f). Indonesia. RM13,500.00

g). Negara-negara Lain kecuali Israel. Dimaklumkan apabila maklumat diperlukan.

Jumlah keseluruhan yuran adalah RM200.00(buka fail) dan yuran mengikut Negara/ negeri. Ianya perlu dijelaskan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh urusan yang dimohon/ dijangkakan. Yuran ini bolehlah dikumpulkan oleh ahli jemaah yang menyertai projek bagi menyatakan komitmen mereka. Adalah dinyatakan di sini sekiranya urusan berjaya, kesemua yuran dan apa-apa juga perbelanjaan yang dibuat untuk urusan akan dibayar balik oleh penguji bagi pihak yang diwakilinya.

c. Persediaan. Sememangnya tidak dinafikan bahawa pemilik barang atau benda-benda istimewa ini lebih ‘arif tentang benda dan penjaga yang mereka miliki. Walau bagaimanapun dari pengalaman yang saya perolehi mengaturkan urusan, beberapa kelemahan diperhatikan terutama bagi pemilik barang/ benda yang masih muda. Bak kata penguji,”biar barang tak kuat tetapi tuan barang dan jemaah kuat”. Maksudnya pemilik mesti yakin, pasti dan kuat semangat dan bersifat khalifah, bukan mengikut kehendak dan songel penjaga/ khadam benda/ barang. Gunakan masa menunggu tarikh ujian untuk “bersembang” dengan penjaga/ khadam barang. Khabarkan hajat dan urusan pindah-milik yang akan dibuat. Perintahkan atau minta dia menunjukkan keindahan/ keistimewaan (merah, kebal kulit, kebal rambut) semasa ujian dibuat. Khabarkan bahawa pindah-milik ini akan menyebabkan penjaga/ khadam dan pemilik barang/ benda berpisah buat selama-lamanya. Khabarkan. Sekiranya penjaga/ khadam enggan berpisah, urusan pasti akan gagal.

d. Tempat Ujian. Tetapkan tempat ujian sama ada di rumah pemilik, masjid, surau, hotel atau balai polis berdekatan dan maklumkan kepada saya nama kampong atau taman. Arahkan seseorang menunggu di satu tempat yang senang dikenalpasti (prominent features) seperti stesen minyak, masjid atau balai polis. Sekiranya balai polis dijadikan tempat menguji, pihak penguji akan berurusan dengan Ketua Balai. Seperkara lagi yang perlu dinasihatkan, tempat ujian seelok-eloknya hampir dengan bank supaya senang urusan pembayaran dibuat. Sekiranya terdapat pindaan tempat ujian, ianya hendaklah tidak melebihi 10 km dari tempat asal.

e. Dokumen. Pemilik benda/ barang istimewa dan jemaah diperlukan membuat salinan fotostat kad pengenalan dan muka depan akaun bank dan serahkan kepada pihak pengurusan seawal mungkin. Dokumen diperlukan untuk menyemak kesahihan individu dan tidak melibatkan monopoli satu keluarga. Ini bermaksud seseorang jemaah ditegah memasukkan saudara-saudara terdekatnya(isteri, anak, ibu, bapa, adik atau abang) sebagai ahli jemaah kerana ia berlawanan dengan tujuan anugerah ini diadakan.

f. Ujian atau Penilaian. Di hari urusan dijalankan, penguji akan memberi taklimat ringkas keistimewaan yang diterima, cara ujian dan pembayaran. Diminta semua yang terlibat supaya tidak mengambil gambar atau video kerana ia mungkin akan menyinggung penjaga/ khadam barang lalu menyebabkan urusan gagal atau tidak sempurna. Setelah pemilik barang/ benda bersedia, ujian atau penilaian akan diteruskan. Ketika ujian dan sebelum pembayaran, barang/ benda masih kekal ditangan pemilik. Penguji tidak akan menyentuh barang/ benda berkaitan. Sekiranya ujian berjaya, satu ujian saringan akan dibuat untuk memastikan kekuatan dan keistimewaan barang. Ujian saringan ini dibuat dengan kehadiran wakil dari Istana. Pembayaran dibuat selepas ujian saringan ini.

g. Pembayaran. Sekiranya lulus kedua-dua ujian, pembayaran akan dibuat di dalam masa 3 jam sekiranya urusan dibuat pada hari bekerja. Sekiranya urusan dibuat pada hari Sabtu dan Ahad, bayaran akan dibuat pada hari Isnin. Sepanjang masa menunggu pembayaran, segala perbelanjaan lojing dan sajian (lodging and feeding) akan ditanggung oleh penguji sehingga pembayaran selesai. Para jemaah akan diberi bayaran dahulu. Setiap seorang jemaah akan ditemuduga oleh wakil Istana untuk memastikan kesahihan penglibatan sehingga berjaya urusan tersebut. Ahli jemaah boleh memohon untuk menerima sedikit bayaran tunai (contoh RM500,000.00) manakala selebihnya akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing. Semua bayaran disertakan dengan Sijil Anugerah di mana satu salinan pendua akan disimpan oleh Bank Negara dan salinan asal diberikan kepada setiap individu. Setelah selesai, ahli jemaah boleh menyemak akaun bank mereka untuk memastikan bayaran telah diterima. Pemilik atau tuan benda/ barang dibayar setelah semua jemaah menerima bayaran mereka. Pemilik dibenarkan meminta bayaran tunai atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank. Selain dari itu pemilik barang akan dianugerahkan sebidang tanah atau sebuah rumah mengikut pilihannya. Setiap anugerah disertakan dengan Sijil Anugerah. Kesemua bayaran dikecualikan dari cukai untuk tahun pertama sahaja. Apabila pemilik barang telah mengesahkan bayaran telah diterimanya, acara pindah-milik diteruskan dan terpisahlah pemilik asal dengan barang/ benda istimewa serta khadamnya. Untuk pembaca yang ingin membuat urusan di Thailand, pembayaran tidak dibenarkan dibuat di Negara Thailand. Pemilik dibenarkan memilih mana-mana negara lain kecuali Israel sebagai tempat dan bank pembayaran.

Diharapkan dengan tulisan saya ini, semua pembaca yang ingin berurusan akan lebih bersedia dan faham prosedur kami. Berurusan berkaitan barang/ benda istimewa ini tidak lagi merupakan sesuatu yang aneh di rantau Asia termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar dan India. Boleh dikatakan semua peringkat sama ada rakyat biasa, menteri dan kerabat DiRaja terlibat dengan aktiviti yang menarik ini. Sebagai penutup, bukan semua barang/ benda istimewa yang mampu melepasi ujian. Ada banyak benda/ barang istimewa yang sesuai untuk pertahanan diri dan untuk berperang. Kebanyakannya mampu melepasi ujian tetak dan tembak tetapi gagal bila diuji untuk pindah-milik. Bukan soal barang tidak kuat atau salah jemaah dan cerita-cerita lain tetapi disebabkan keistimewaan barang/ benda tersebut tidak sesuai untuk dipindah-milik dan bertugas di lautan. Setakat ini sejak tahun 1978, dari beratus-ratus benda istimewa yang duji hanya 8 yang lulus ujian dan lapan kumpulan telah berjaya menjadi jutawan secara senyap. Dari 8 barang istimewa yang lulus, hanya satu dari Malaysia. Yang lain adalah dari Negara-negara jiran. Apakah bumi Tanah Melayu ini sudah ketandusan benda/ barang istimewa? Ke mana perginya benda/ barang istimewa yang benar-benar istimewa? Pada pendapat saya benda yang istimewa disembunyikan kerana ianya tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Yang diajukan hanya benda-benda sampingan dari koleksi pemilik.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila hubungi saya melalui email: djbyram@gmail.com atau ninchan632@adpost.com.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?