Saturday, May 8, 2010

Kisah di suatu Jumaat

Di satu hari Jumaat, di sebuah masjid, seorang yang kelihatan mempunyai "authority" dan kemas telah menegur gelagat seorang tua disebelahnya. "Kenapa semasa khutbah kedua tadi saya lihat pak cik tidak menadah tangan dan tidak mengaminkan doa untuk sultan? Saya lihat pak cik ni orang Melayu dan kurang-kurang pun dah berumur 50an?"
Orang tua itu mengerutkan dahinya dan menjawab dengan lembut. "Betul tu nak, pak cik dah 53 tahun dan semenjak pak cik berumur 7 tahun pak cik dah berdoa untuk sultan-sultan walau di mana pak cik bekerja dan singgah untuk solat jumaat. Namun doa pak cik tak makbul!"

No comments:

Post a Comment

Have something to share?