Wednesday, January 7, 2009

Palestin Mangsa Dunia

Maha Suci Allah tidak akan memungkiri FirmanNya bahawa
yahudi hanya akan kalah apabila Imam Mahadi dan Nabi Isa
'Alaihissalam yang mengepalai tentera Islam menghancurkan
yahudi. Ketika itu hanya pokok rhu sahaja yang rela
menyembunyikan kaum yahudi. Batu dan tumbuhan
akan bersorak memberitahu tempat persembunyian kaum Yahudi.
Adakah solat hajat dan doa kita akan mengubah nasib rakyat
Palestin? Tidak! Tetapi marilah kita berdoa dan bersolat
hajat agar rakyat Palestin mendapat bantuan Allah, belas
kasihan Allah dan ditamatkan kekejaman terhadap mereka.

Allah Subhnahua Ta'ala telah menjadikan manusia sebagai
Khalifah di bumi ini. Manusia menjadi pemerintah dan
bertanggungjawab memerintah. Manusia menjadi megah dan lupa
siapa khaliq dan siapa hamba lalu merasakan lebih bijak dan
berkuasa. Manusia telah mengenepikan bantuan Allah dan
berpaling kepada kuasa manusia, kuasa negara maju dan moden.
Segala kehendak dan perintah manusia di negara moden dan maju
dituruti. Siapakah negara moden dan maju ini? Kuasa VETO-
amerika, britain dan sepanyol. Sedarkah siapa negara moden
ini? Mereka adalah musuh agama Islam. Mereka adalah pokok rhu
rimbun yang terus memayungi dan melindungi yahudi.

Kenapa mereka habis-habisan mahu menghapuskan pejuang Islam,
pakar letupan Islam dan persenjataan Islam? Mereka kaji Firman
Allah. Allah telah memerintahkan ummat Islam kuat dan kukuhkan
kekuatan tentera. Kekuatan Tentera adalah Iman, Sunnah dan
senjata. Apakah senjata yang kuat masakini? Oleh kerana kafirun
mempunyai nuklear, ummat Islam juga wajib mempunyai senjata
nuklear. Tetapi apa yang terjadi kini? Hanya kuasa VETO sahaja
yang boleh mempunyai senjata nuklear. Negara Islam yang
mempunyai potensi kekuatan yang sama dihancurkan. Ketua Negara
Islam berkaitan dihebahkan sebagai diktator, zalim dan dihukum
bunuh (oleh tali barut kafirun yang terdiri dari orang Islam
sendiri)

Siapakah tali barut kafirun? Seluruh pemerintah negara-negara
di bumi ini termasuk Negara-negara Arab. Adakah negara kita
terkecuali? Urut dada tanya iman. Kita hanya mengutuk,
menganjurkan demonstrasi dan memboikot produk Amerika. Apa
produk yang akan diboikot? Cuba lihat di sekililing kita.
Kad kredit/ debit Visa, Mastercard, Kad caj american express,
Diners Club, Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Star
bucks, Coffeebean, Edwin Jeans, Orlando, Amway, Astro( HBO,
Starworld, Cinemax, Disney Channel, Cartoonnetwork), Lucky Strike,
Pall Mall, Benson dan Dunhill, Yahoo, Google, AOL, Intel
Processor dan keseluruhan kehidupan kita dipenuhi oleh produk
dari amerika. Malah negara kita adalah acuan dari sistem
demokrasi amerika walaupun britain yang telah menjajah kita.
Memang tidak habis kalau mahu disenaraikan.
Jika diteliti apa kesannya boikot oleh segelintir rakyat?
Pengusaha dan pengimpot produk Amerika ialah rakyat kita
sendiri. Pengguna adalah kita sendiri. Adakah kerajaan bersedia
memboikot kerjasama dua hala dengan amerika? Rakan niaga ke 3
terbesar. Cuba kita teliti-kenapa ekonomi dunia tergugat
apabila ekonomi Amerika tergugat?
Adakah kita sudah ada alternatif menghalakan pergantungan
ekonomi kita ke negara lain, mata wang lain?
Jawapannya tiada. Walaupun kita telah berubah pandangan ke
timur, matahari naik, segala matlamat ekonomi dan permodenan
negara adalah berpandukan satu model, satu acuan - amerika dan
yahudinya. Planet bumi ini akur dengan kuasa amerika dan sekutu
nya. Semua negara termasuk negara "Islam Arab" akur dengan
kuasa amerika dan ekonomi amerika.

Bantuan Allah hanya akan diperolehi apabila kita rujuk kembali
kepada kehidupan Islam kuasa Allah dan undang-undang Allah.
Mari kita mula mengutamakan kehidupan berkat cara Islam.
Utamakan produk Muslimin. Utamakan negara Islam dan pemerintah
mukminin. Utamakan hukum Allah dan singkirkan hukum dan undang-
undang lain yang direka oleh kafirun untuk memesongkan aqidah
Muslimin. Ketepikan undang-undang sekular kerana ia hanya untuk
orang-orang yang tidak menerima Islam. Jangan hiraukan orang-
orang yang bukan Islam tidak mahu menerima hukum Allah. Kalau
mereka menerima hukum Allah sudah tentu mereka menerima agama
Islam sebagai agama mereka. Malangnya ada ramai kita yang sudah
menerima Islam sebagai agamanya, tetapi mempersenda hukum Allah
,tidak mahu hukum Allah. Jadi mereka itu dari golongan mana
sebenarnya? Adakah mereka benar-benar benci kepada yahudi dan
penaung-penaungnya? Adakah itu hanya sekadar drama politik
dunia? Urut dada tanya iman, kau fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment

Have something to share?